Thursday, 13 November 2014

Akhirnya Penduduk Kampung Chubadak Kalahkan Umno BN


Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini bersetuju penduduk Kampung Chubadak, Sentul, Kuala Lumpur bukannya setinggan tetapi pemegang lesen dan ekuiti tanah yang mereka duduki dan berhak diberikan pampasan sewajarnya.

Sehubungan itu, Mahkamah Rayuan mengarahkan agar Mahkamah Tinggi membicarakan tuntutan pampasan mereka semula berdasarkan akuan yang dibuatnya.Keputusan dibuat Datuk Abdul Aziz Rahim bersama Datuk Mah Weng Kwai dan Dr Prasad Sandosham Abraham hari ini.

Kes tersebut diarahkan untuk didengar semula di Mahkamah Tinggi pada 24 November ini.31 penduduk Kampung Chubadak membuat rayuan hari ini terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membatalkan writ saman penduduk kampung itu pada 1 Julai lalu.

Mereka menyaman Pesuruhjaya Tanah Persekutuan, Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan pemaju tanah itu Sentul Murni Sdn Bhd.

Antara yang hadir di mahkamah hari ini adalah warga emas, Wahidah Mat Salleh, 72, yang rumahnya merupakan terakhir dimusnahkan di kampung tradisi Melayu itu pada 28 Ogos lalu.

Dalam perbicaraan hari ini, penduduk Kampung Chubadak diwakili barisan peguam daripada Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Pemuda PAS iaitu  Fazarudin Sujairi Md Radzi, Azmir Zakaria, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi dan Mohd Fitri.

Perjuangan Opah Wahidah mempertahankan haknya di sambut pelajar Universiti Malaya (UM) apabila beliau di bawa ke kampus itu melalui program "Opah Wahidah Masuk Universiti" 5 November baru-baru ini.

Kini warga emas itu bersama suaminya yang menetap lebih 45 tahun di kampung terbabit hanya berteduh di bawah sebuah khemah dibina jiran tetangga sekarang ini.

Ketika penyokong Pakatan Rakyat (PR) sibuk dengan kes mahkamah Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang 28 Oktober lalu, satu-satunya rumah di Kampung Chubadak, Sentul yang masih bertahan, iaitu rumah Opah Wahidah dirobohkan dan puingnya dibakar hangus.

Dua penuntut universiti yang cuba mempertahankan rumah itu daripada dirobohkan, ditahan polis dan dibawa ke Balai Polis Sentul.Mereka ialah Abdul Muqit Mohamad, mahasiswa Universiti Malaya, dan Ahmad Fahmi Mokhtar, mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia cawangan Darul Quran.

Kampung Chubadak, Sentul mula dibuka sejak 50 tahun lalu oleh peneroka bandar yang masuk ke Kuala Lumpur serentak dengan Kampung Chubadak Tambahan, Kampung Pasir, Kampung Chubadak Indah, Chubadak Hulu dan Chubadak Hilir.

Kira-kira 160 keluarga tinggal di kampung itu yang terletak hanya 5km dari pusat bandar dan sedang dihimpit arus pembangunan.Sejak 12 tahun lalu, masalah mula timbul apabila pemaju mahu membangunkan kampung itu selepas kawasan sekelilingnya sudah pesat membangun.

Pada 1996, kampung itu dikejutkan dengan berita DBKL membenarkan pihak pemaju membina blok apartmen di kawasan kampung mereka.Natijahnya, apabila bantahan dibuat, ramai antara mereka terpaksa bermalam di lokap polis kerana cuba mempertahankan kampung dan tapak rumah mereka. ~malaysian insider





Iklan C (ii)








2 comments:

  1. Apa yang mau dirisaukan?Kita ada pemimpin2 bijaksana Umnob yang utuh memperjuangkan hak dan kepentingan Melayu.Opah Wahidah ni Melayu kah atau apa?Melayu mesti ada rupa macam MP umnob Baling,Kulim,and Kepala Batas.
    Jika tak nasib aje yang menentukan.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah dan tahniah kepada penduduk Kg Chubadak. Jangan lupa buat tuntutan ratusan juta; biar pemaju tersebut gulong tikar atas perbuatan zalim mereka. Dan kalau panjang umou Pru14 nanti sama2 kuburkan kerajaan BN yang langsung tak ambil peduli penderitaan penduduk2 Melayu di desa2 pinggir bandar.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...