Friday, 21 November 2014

1MDB : Akhirnya Ahmad Maslan Mengakui Kesilapannya


KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan mengakui melakukan kesilapan semasa memberi penjelasan mengenai isu 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) sehingga membuka ruang kepada serangan pembangkang.

Jelasnya, beliau tertinggal enam patah perkataan semasa memberi penjelasan sedangkan syarikat miliki kerajaan itu membelanjakan wang yang banyak untuk projek tanggungjawab sosial korporat.

“Anak syarikat kerajaan 1MDB, telah menyumbang sebanyak RM382.3 juta bagi projek tanggungjawab sosial korporat (CSR) sejak ia mula ditubuhkan pada tahun 2009 sehingga tahun ini,” katanya.

Beliau berkata, 1MDB tidak pernah gagal dalam dalam melaksanakan projek di bawah CSR melibatkan pelbagai lapisan masyarakat dan sehingga kini sebanyak 13 projek dilaksanakan melalui Yayasan 1MDB termasuklah menaja 2,300 jemaah haji sejak 2011 yang menelan belanja RM28.2 juta.

Ahmad Maslan berkata, 1MDB memperolehi keuntungan sejak 2010 iaitu sebanyak RM424 juta, 2011 (RM544 juta), 2012 (RM44 juta), dan 2013 (RM778 juta) namun pada tahun ini sahaja 1MDB mengalami kerugian sebanyak RM665 juta.

” Pihak kerajaan akan terus memberi kepercayaan kepada yayasan 1MDB untuk meneruskan projek CSR karana pihaknya yakin bahawa syarikat tersebut akan pulih dalam mengaut kembali keuntungan,” jelasnya pada sidang media di lobi Parlimen.

Sebelum ini pihak pembangkang melalui Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa kerajaan persekutuan menanggung hutang 1MDB berjumlah RM19.5 bilion.

“Daripada RM42 bilion hutang 1MDB yang telah kita ketahui, RM20 bilion itu telah disahkan secara fakta dan sahih bahawa ia membawa tanggungan terus kepada kerajaan,” katanya seperti yang dilapor Free Malaysia Today. ~free malaysia today




Iklan B (ii)







1 comment:

  1. tak payahnak kelentong lah maslan. semua org dah tau pasal 1MDB yg bermasalah tu. kau gi kelentong dgn ahli umno dah lah...

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...