Wednesday, 1 October 2014

Berita Gempar Pagi Ini..

Ketua Umno Bahagian Pensiangan

Ketua Umno Bahagian Pensiangan, Sabah, Datuk Abdul Ghani Mohd Yasin mengaku beliau dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Jumaat lepas untuk memberi keterangan berhubung satu kes.
    
Namun beliau, yang kini berada di Kota Kinabalu, Sabah ketika dihubungi, enggan mengulas lanjut mengenai kes itu dan atas sebab apa beliau dipanggil memberi keterangan.
    
"Saya mendapat panggilan telefon dari SPRM pada pagi Rabu lepas, namun ketika itu saya sedang berada di Kuala Lumpur bersama anak saya. Dan saya mendapat satu lagi panggilan telefon pada petang hari yang sama bertanyakan bila saya boleh hadir.

Ketua Umno Bahagian Pensiangan

    "Dan pada hari Jumaat, saya secara sukarela pergi berjumpa dengan mereka (pegawai SPRM) di Kota Kinabalu (untuk memberi keterangan)," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
    
Hari ini, Daily Express di Sabah melaporkan seorang Ketua Umno bahagian di negeri itu ditangkap SPRM di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Khamis lepas berhubung kes pecah amanah (CBT) melibatkan wang berjumlah RM300 juta.

Namun Abdul Ghani menafikan beliau ditangkap, sebaliknya beliau menekankan bahawa keterangan diberi secara sukarela dan kerjasama penuh diberikan kepada pegawai SPRM.
    
Mengulas lanjut, beliau berkata, kes ini masih di peringkat awal, dan meminta semua pihak agar tidak membuat spekulasi liar kerana dikhuatiri mengganggu kelancaran siasatan.

Sementara itu, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman meminta semua pihak supaya  tidak membuat spekulasi berhubung siasatan SPRM ke atas seorang ketua Umno bahagian di Sabah.
    
Katanya untuk berlaku adil kepada individu berkenaan, sebarang spekulasi atau anggapan bahawa individu itu  bersalah perlu dielak kerana perkara itu masih dalam siasatan.
    
"Saya tidak mempunyai butiran lanjut berkenaan kes ini yang sedang dalam siasatan SPRM. Kita adalah  kerajaan yang telus dan tiada apa yang perlu disembunyikan," kata Musa yang juga ketua perhubungan Umno Sabah dalam satu  kenyataan hari ini.   

Justeru kata Musa biarlah SPRM menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka. - Bernama

Sementara itu, merujuk laporan media mengenai penahanan seorang ahli politik Sabah, SPRM mengesahkan penahanan individu berkenaan telah dibuat pada Jumaat, 26 September 2014, semasa beliau hadir ke ibu pejabat SPRM untuk diambil keterangan.

"SPRM masih menjalankan siasatan ke atas individu ini di bawah Seksyen 17 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berkaitan dakwaan wujudnya amalan rasuah dalam pembayaran pampasan tanah milik kerajaan," kata Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mohd Jamidan Abdullah.

"Selepas diambil keterangan, individu ini telah dibebaskan," tambahnya. ~malaysiakini




Iklan C (ii)







No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...