Thursday, 30 October 2014

Sebenarnya Doktor Sahkan Saiful Tidak Diliwat


Peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ramkarpal Singh ketika membuat penggulungan berkata, seorang doktor Pusrawi, Dr Mohd Osman Abdul Hamid dalam keterangannya memberitahu mahkamah tidak ada sebarang penatrasi berlaku ke atas dubur pihak yang menuduh, Mohamad Saiful Bukhari Azlan.

Dr Osman ketika memeriksa Saiful Bukhari tidak menemui sebarang kesan kecederaan walaupun Saiful mengadu sakit.

"Ketika dia memeriksa Saiful, beliau mendapati dubur Saiful normal," katanya.

Namun, kata Ramkarpal, keterangan Dr Osman yang merupakan saksi pembelaan, tidak dipertimbangkan "sama sekali" oleh mahkamah.

Menurut Ramkarpal, terdapat banyak keraguan daripada dakwaan awal Saiful bahawa objek plastik dimasukkan ke dalam duburnya.

Katanya, pihak pendakwaan seharusnya mencabar Dr Osman jika mereka tidak bersetuju dengan laporan dan keterangannya.

Keterangan Dr Osman berbeza dengan tiga lagi doktor yang memeriksa Saiful selepas itu.

Ketika pemeriksaannya, Dr Osman mendapati tidak ada kesan darah atau koyak pada dubur Saiful.

Ramkarpal berhujah bahawa Hakim Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan telah menganggap tiga doktor kerajaan yang memberikan keterangan sebagai benar belaka.

Ketiga-tiga mereka - Dr Mohd Razali Ibrahim, Dr Siew Sheue Feng dan Khairul Nizam - ketika disoal sebagai saksi, mendakwa berlaku penetrasi terhadap dubur Saiful.

Namun, Ramkarpal menganggap ia andaian semata-mata.

Beliau menekankan bahawa doktor menyiapkan laporan mereka dua hari selepas menerima laporan ahli kimia itu dan berkata mereka "tidak boleh mengulas lebih awal sama ada penetrasi berlaku tanpa mengetahui dari mana tapak sampel telah diambil".

Walau bagaimanapun, mereka mengubah fikiran mereka - iaitu mungkin ada berlaku penembusan - di mahkamah apabila ditunjukkan sampel dilabelkan oleh pegawai penyiasat, Jude Pereira.

"Dalam keadaan ini, tidak ada sebarang syak bahawa tidak ada penemuan klinikal atau fizikal seperti luka pada dubur Saiful atau luka hasil dari pergelutan... menandakan penembusan kerana empat doktor mencapai kesimpulan yang sama pada isu ini," hujah beliau.

Dia menyoal bagaimana DNA lelaki itu kemudian ditemui di dalam rektum Saiful, dan berkata sampel yang diambil daripada Saiful tidak sama dengan sampel dikemukakan sebagai bukti.

"Hakim Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan jelas menutup minda mereka terhadap masalah yang sangat penting iaitu sama ada terputusnya rantaian keterangan dalam kes ini dan ada kemungkinan jelas bahawa sampel yang salah telah dianalisa," katanya.

Ramkarpal mencadangkan Dr Seah dan Nor Aidora adalah saksi berat sebelah, dan terdapat kecenderungan jelas bahawa Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan tidak mempertimbangkan perkara ini.

Beliau berhujah bahawa Dr Seah tidak teragak-agak membuat spekulasi dalam banyak keadaan, memberi contoh respon beliau ketika ditanya tentang kesan air mani pada seluar.

"Jika ada noda mani yang terdapat di bahagian belakang seluar dalam, pasti ia akan bersentuhan dengan seluar dan juga akan ada kesan mani pada seluar. Namun, tidak ada yang dikesan di seluar.

"Dr Seah enggan membuat pendirian kepada apa-apa cadangan yang jelas atas alasan ia adalah spekulatif," katanya.

Bagaimanapun, beliau menambah, Dr Seah tidak teragak-agak membuat spekulasi apabila pendakwaan bertanyakan jenis material seluar walaupun pada hakikatnya dia bukan seorang pakar dalam kain. ~malaysian insider





Iklan C (ii)





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...