Sunday, 19 October 2014

Sebenarnya Surat Bersaralah Anwar Dari LENSA Hanya Gurauan


Lensa Anak Muda Malaysia (LENSA) menjelaskan, gesaan mereka sebelum ini agar ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersara dari politik hanyalah sakarstik semata-mata.

Koordinatornya, Ekhsan Bukharee berkata, gesaan itu juga bertujuan supaya masyarakat mula berfikir tentang kenyataan mereka itu.

"Ya, berbentuk sakarstik," katanya ketika dihubungi Malaysiakini. Selain itu, Ekhsan berkata, surat gesaan yang ditujukan kepada Anwar itu juga mempunyai beberapa tujuan.

Antaranya, katanya, surat tersebut bertujuan supaya Pakatan Rakyat sedar bahawa kenyataan mereka itu merupakan persepsi golongan muda yang berada di luar Pakatan Rakyat.

Menurut Ekhsan, persepsi golongan muda terhadap Pakatan mula berubah selepas krisis yang melibatkan menteri besar Selangor.

Malah, tambahnya, surat tersebut juga bertujuan supaya golongan muda menilai semula apa yang telah berlaku kepada Anwar dan sistem kehakiman negara.

"Ia sindiran kepada Pakatan supaya Pakatan tahu ini persepsi sebenar anak muda di luar lingkungan Pakatan serta mereka yang sokong (lebih-lebih lagi selepas krisis Selangor)

"Ia juga untuk menyindir anak muda supaya menilai semula apa yang berlaku kepada Anwar serta sistem kehakiman negara. Harus teliti balik isu.

“Jangan hakimi tanpa tahu mereka hanya lihat persepsi media kemudian boikot," katanya. ~malaysiakini



Iklan C (ii)





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...