Monday, 27 October 2014

Anwar Kecam Siapa Pulak Ni?


Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam Timbalan Naib Canselor Profesor Datuk Dr Rohana Yusof yang bertindak seperti ketua cawangan Umno susulan keputusan mengharamkan program anjuran mahasiswa di Universiti Malaya (UM).

Ketua Pembangkang itu berkata UM perlu menghormati kebebasan akademik, bukan menurut perintah daripada mereka yang berkuasa.

"UM perlu menyokong kebebasan akademik dan timbalan naib canselor itu perlu berhenti bercakap seperti ketua cawangan Umno dan tunjukkan latar belakang intelektuayang berkuasa tidak sentiasa akan berkuasa.

"Saya mengingatkan mereka yang berkuasa tidak akan kekal berkuasa selamanya," kata Anwar.

Anwar yang bakal berdepan perbicaraan esok dijadualkan kembali ke UM hari ini dalam satu program pidato, tempat di mana beliau mendapat pengajian tinggi.

Pidato khas dianjurkan PMUM itu diadakan sehari sebelum rayuan kes Liwat II melibatkan Anwar di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya esok.

Sebuah gabungan peratuan mahasiswa daripada 10 universiti awam dan swasta yang menentang Akta Hasutan, Mahasiwa Ganyang Akta Hasutan (Ganyang) juga menyatakan sokongan kepada PMUM dan penganjur program tersebut. ~malaysin insider




Iklan C (ii)





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...