Wednesday, 29 October 2014

Ribuan Lagi Penyokong Anwar Berhimpun Di Putrajaya Hari Ini


Hari kedua pendengaran rayuan terakhir kes Liwat II Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bakal menyaksikan lebih ramai penyokong membanjiri jalan utama di hadapan Istana Kehakiman, Putrajaya hari ini.

Lebih 1,000 penyokong Anwar berbaju hitam dan merah mula berarak sejauh 300 meter pada pukul 8.30 pagi tadi sambil melaungkan "Reformasi", "Hidup Anwar" dan ‎"Bangkit Rakyat" menuju ke Istana Kehakiman.

Antara pemimpin yang kelihatan hadir memberi sokongan adalah ‎Naib Presiden PKR Chua Tian Chang, Ketua Pemuda PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kayat.


Mereka dikatakan mahu berunding dengan polis agar membenarkan penyokong berhimpun lebih dekat sedikit dengan bangunan Istana Kehakiman.

Beberapa aktivis Pakatan Rakyat (PR) turut memberi ucapan sementara menunggu kedatangan Anwar.

Sebaik sahaja mengangkat tangannya, penyokong bersorak melaungkan "Reformasi" sebelum berjalan masuk ke mahkamah.

Penyokong juga merancang mengadakan solat hajat ‎pada 10 pagi. ~malaysian insider




Iklan C (ii)





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...