Thursday, 23 October 2014

Rakyat Dah Muak Dengan Anwar, Ceramah Rakyat Hakim Negara Tiada Sambutan

anwar ibrahim

Walaupun sebelah petangnya hujan turun agak lebat dan ketika ceramah "Rakyat Hakim Negara" disampaikan ceramah turun renyai-renyai namun sambutan diberikan penduduk tempatan kena juga akui amat memberangsangkan sekali.

Aura dan karisma Anwar Ibrahim masih ada sinarnya walaupun AMK dilihat gagal dalam melaksanakan tugas dan tanggung jawab mereka... AMK perlu berhenti terlalu bergayut kepada sinar tubuh DSAI semata-semata dalam meraih sokongan anak-anak muda.

Perlu ingat!!! .. ceramah ini diadakan di kawasan Parlimen Permatang Pauh, kubu kuat peribadi DSAI dan KeADILan... Walaupun kurang penghebahan rakyat tempatan tetap jua turun berduyun memberikan sokongan kepada Ahli Parlimennya.

Dari pengamatan dan maklumat di perolehi, majoriti yang hadir adalan golongan veteran, amat kurang golongan anak-anak muda.

Boleh dikategorikan berjaya dalam suatu sudut tetapi gagal dalam sudut yang lain... Perlunya AMK berkerja keras lagi bagi menambat jiwa dan minda anak-anak muda mendakap perjuangan Pakatan Rakyat .. perlu banyak menyemai info-info segar bagi membangkit keghairahan anak-anak muda kembali kepangkuan Pakatan Rakyat. ~omakkau

Addin:

Tajuk je suspen.. rakyat tetap beri sokongan pada Anwar untuk menentang kezaliman Umno BN.



\








Iklan C (ii)






1 comment:

  1. Pentas lain, crowd lain... ni ceramah tahul lepas punya kan???

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...