Monday, 20 October 2014

Punca Kemalangan Maut Motor Berkuasa Tinggi Di Lebuhraya Karak Tersebar?


Satu kemalangan tragis telah berlaku kira-kira jam 11.40 pagi tadi di kilometer 25 Lebuhraya Karak yang mana melibatkan tiga buah motosikal berkuasa tinggi dan sebuah kereta.

Kemalangan ini berpunca daripada lori yang melintang di tengah jalan kerana tergelincir dari tow truck dan menyebabkan trafik menjadi perlahan dan sesak.

Kemudiannya motosikal tersebut ditunggang laju bersama kumpulan Big Bike yang mana ketika turun bukit lalu melanggar sebuah kereta yang sedang berhenti. 

Selepas itu motosikal kedua datang dan melanggar kereta yang sama lalu terbakar. Sebuah lagi motosikal juga tidak sempat mengelak lalu terjatuh.

Kemalangan itu telah menyebabkan sebuah motosikal berkuasa tinggi yang terlibat terbakar dan penunggangnya rentung. Seorang lagi yang maut dipercayai kerana dilanggar manakala seorang lagi cedera parah.

Sementara itu, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat turut menyiarkan beberapa gambar kejadian itu. 







~siapkeli


Addin mengucapkan takziah kepada keluarga dan kenalan mangsa-mangsa yang terlibat dalam kemalangan tragis ini. 




Iklan C (ii)





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...