Wednesday, 22 October 2014

Punca Datuk Lim Chong Wei Gagal Ujian Dadah Tersebar?


Putrajaya tidak boleh mendedahkan kepada umum buat waktu ini nama atlet negara yang gagal dalam ujian dadah yang dibuat secara rawak seperti dilaporkan media terdahulu hari ini, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Sambil mengesahkan kebenaran berita itu, Khairy menjelaskan nama dan jenis sukan atlet berkenaan tidak boleh didedahkan kerana terikat dengan undang-undang antarabangsa.

Khairy berkata, undang-undang itu memperuntukkan tiada butiran boleh didedahkan sehingga keputusan ujian pengesanan dadah kali kedua, atau sampel B diketahui.

"Nama atlet atau jenis sukan tidak boleh didedahkan sehingga keputusan sampel B diketahui," kata Khairy kepada pemberita ketika lawatan di Brickfield, Kuala Lumpur sempena sambutan Deepavali."Atlet berkenaan diberi sehingga 17 Oktober. 

Beliau melakukan ujian dan sekarang sedang menunggu keputusan ujian itu," katanya.

Akhbar New Straits Times awal hari ini melaporkan seorang pemain badminton negara gagal dalam ujian dadah secara rawak yang dijalankan semasa Kejohanan Dunia di Copenhagen pada bulan Ogos lapor The Malaysian Insider.

Tapi... The Star dan mStar dedahkan nama atlet yang didakwa itu.. 
Datuk Lee Chong Wei didakwa terbabit dalam kes "atlet utama negara" yang gagal ujian doping yang dikendalikan oleh satu penganjur kejohanan utama baru-baru ini. 
Pada Selasa, dilaporkan bahawa seorang atlet gagal ujian dadah, tetapi namanya tidak didedahkan sehingga pemeriksaan lanjut yang mengesahkan bahawa atlet itu positif dadah. 
Atlet tersebut merupakan antara yang dipilih secara rawak untuk melakukan ujian doping. 
Atlet itu diberitahu mengenai kegagalannya dalam ujian doping pada 1 Oktober lalu, dan meminta supaya sampel "B" diuji 16 hari kemudiannya, sehari sebelum tarikh tutup untuk permintaan untuk melakukan ujian berkenaan. 
Atlet berkenaan dikatakan pergi ke luar negara untuk melihat ujian sampel B. Bagaimanapun tidak dimaklumkan mengenai bilakah keputusan ujian terhadap sampel B akan dikeluarkan. ~mStar



Iklan C (ii)





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...