Thursday, 2 October 2014

Polisi Khalid Ibrahim Terpalit Ke Batang Hidungnya Sendiri


Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali menafikan wujud unsur dendam dalam tindakan kerajaan negeri membekukan peruntukan kepada kawasan Parlimen dan DUN bekas menteri besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menafikan itu adalah arahannya, Azmin Ali sebaliknya berkata proses pembekuan akaun itu menjadi amalan dalam polisi pentadbiran Khalid sejak enam tahun lalu.

"Tidak ada unsur dendam. Itu dasar yang diguna pakai oleh dia sendiri, kenapa tanya saya?

"Semasa tahun 2008, wakil kita daripada Pelabuhan Klang keluar parti (Badrul Hisham Abdullah) itu yang dilakukan Tan Sri Khalid.

"Setelah enam exco dipecat, itu juga dilakukan Tan Sri Khalid. Saya tidak tahu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) di Shah Alam, hari ini. ~malaysian insider




Iklan C (ii)







No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...