Saturday, 18 October 2014

Pesuruhjaya PAS Terengganu Keluar Parti?


Pesuruhjaya PAS Terengganu, Satiful Bahri Mamat yang sepatutnya keluar PAS kerana beliau banyak mengeluarkan kenyataan mengkritik Pakatan Rakyat yang disertai PAS, kata Timbalan Presiden NGO pro-Pakatan, PasMa, Muhammad Husin.

Bagi Muhammad, banyak kenyataan Satiful yang menyerang pemimpin Pakatan Rakyat bukannya Barisan Nasional yang menjadi musuh PAS dan Pakatan Rakyat.

"Sedangkan Muktamar PAS telah membuat keputusan kekal bersama Pakatan Rakyat dan berusaha mengukuhkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat," katanya.

Sebelum ini, Satiful mencabar presiden PasMa, Datuk Phahrolrazi Zawawi untuk keluar daripada parti Islam itu dan menubuhkan parti baharu jika terus menjadikan badan bukan kerajaan (NGO) itu sebagai platform mengkritik parti.

Satiful berkata, dengan meninggalkan PAS, NGO berkenaan dapat membuktikan sejauh mana PasMa dapat berdiri teguh dengan aliran baru yang dibawa kepada ahlinya.

“Kita cabar dia keluar PAS, buat parti baharu supaya orang boleh lihat kredibiliti dia. Jangan tumpang atas nama PAS tetapi merosakkan imej pimpinan dan mengkritik Majlis Syura Ulama.

“Kewujudan PasMa menyeleweng daripada NGO yang membantu PAS, kerana boleh memecahbelahkan PAS,” katanya kepada akhbar Sinar Harian.

Menurut Muhammad, bekas ahli Parlimen PAS Pasir Puteh itu, Muktamar PAS adalah badan syura tertinggi dalam PAS bukannya Pesuruhjaya PAS Terengganu walaupun negeri asal presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"PasMa mengadakan majlis forum dan dialog untuk memberi peluang kepada pemimpin dalam Pakatan Rakyat dan penyokong Pakatan Rakyat memberikan pandangan dan kritikan ke arah mengukuhkan Pakatan Rakyat.

"Teguran dan kritikan yang diberikan dalam majlis dialog adalah suara akar umbi yang tidak berpuashati dengan keadaan yang berlaku sekarang," katanya.

Muhammad juga mempertikaikan arahan daripada Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS (MSU) yang melarang ahli PAS menyertai dan menghadiri majlis anjuran PasMa.

"Ia tidak sepatutnya berlaku. MSU adalah badan yang bertanggungjawab dalam urusan dasar bukan eksekutif seperti mengeluarkan arahan kepada negeri dan kawasan," katanya.

Muhammad mendakwa, menjadi anggapan ramai seolah-olah ada perkara yang cuba disembunyikan oleh setiausaha MSU dan pemimpin yang sealiran dengannya yang ditakuti akan didedahkan oleh PasMa.

"Banyak maklumat tentang hubungan akrab antara beberapa anggota MSU dengan pemimpin Umno dan rangkaian mereka seperti Raja Petra yang berada di London," dakwanya merujuk kepada seorang penulis blog.

Beliau mendakwa, blog milik penulis itu menjadi jurubicara kumpulan ini digunakan untuk menyerang PasMa dan siapa sahaja yang bercanggah pendapat dengan presiden dan MSU. ~malaysian insider




Iklan C (ii)


1 comment:

  1. kalau berani..pas pecat jer ahli yg ada dlm pasma tu abis citer...kalau tak berani jangan berleter yg bukan2...bikin ahli melaut jer dengan orang yg berserban nii...

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...