Saturday, 1 November 2014

Penemuan Menggemparkan Dalam Hujahan Balas Pihak Pendakwaan


Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak mungkin mereka-reka bukti kerana terdapat kebenaran yang nyata dalam keseluruhan keterangan berhubung dakwaan dia diliwat Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mahkamah Persekutuan diberitahu hari ini.

Ketua Pendakwaan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata Saiful, pengadu dalam kes itu, boleh mengada-adakan bukti, tetapi dia tidak berbuat demikian.

"Terdapat banyak kebenaran. Anak muda ini tidak mungkin mereka-reka cerita. Dia boleh menafikan beberapa perkara tertentu, tetapi dia tidak berbuat demikian, jadi dia adalah saksi yang jujur," katanya.

Muhammad Shafee berkata Saiful menjawab dengan spontan soalan yang dikemukakan di mahkamah dan memberi penjelasan mendalam, satu persatu apa yang berlaku, sebelum dan selepas dakwaan liwat itu.

Beliau juga berhujah Saiful diganggu secara seksual oleh Anwar di tempat kerjanya sebelum kejadian itu yang mana dia menjadi perhatian seorang yang paling dominan, berpengaruh dan berkarisma.

Muhammad Shafee berhujah bagi pihak pendakwaan dalam rayuan Anwar terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun kerana meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful, di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 26 Jun 2008.

Beliau berkata, penderaan seksual itu berlaku dalam tempoh empat bulan sebelum Saiful berhenti menjadi pembantu peribadi Anwar.

Muhammad Shafee menjelaskan terdapat tanda yang menunjukkan kejadian liwat pada 26 Jun 2008 itu, bukan kali pertama berlaku berdasarkan keterangan Saiful dan dia turut menunjuk cara bagaimana ia berlaku.

"Saksi (Saiful) berkata perbuatan itu kasar. Katanya dia merasa sakit di bahagian rektum dan 'senak perut' dan 'Anwar memancutkan air maninya ke dalam dubur saya seperti biasa'," hujah beliau.

Muhammad Shafee berkata perkataan 'seperti biasa' menunjukkan kejadian itu berlaku lebih daripada sekali.

Beliau berkata, Saiful berkata selepas mereka berbincang tentang jadual kerja, Anwar mendekatinya dan berkata, "Can I f... you today?" 

Muhammad Shafee berkata perkataan itu hanya boleh disebut jika seseorang benar-benar mengenali individu berkenaan.

Menyifatkan Saiful sebagai seorang saksi yang jujur, Muhammad Shafee berkata pengadu turut menunjuk cara perbuatan liwat itu di kondominium di hadapan hakim perbicaraan.

Beliau berkata pada mulanya Saiful enggan menerima tawaran Anwar untuk melakukan liwat, tetapi apabila Anwar mulai berang, kedua-dua mereka pergi ke bilik tidur utama tempat kejadian liwat itu berlaku.

Muhammad Shafee juga berhujah sekiranya tiada sebarang hubungan antara mereka berdua, apa perlunya Anwar memberi sut pakaian Brioni (pakaian mewah jenama Itali) kepada Saiful.

"Malah saya sendiri pun tidak memiliki (pakaian mewah jenama Brioni); kita tahu betapa mahal harganya," kata Muhammad Shafee.

Beliau berhujah Anwar membawa Saiful dalam lawatan ke luar negara iaitu ke Singapura dan Hong Kong, dan semasa di Singapura pengadu diberi AS$1,000 sebagai elaun.

Beliau berkata, walaupun Saiful gagal meneruskan pengajian di universiti, Anwar memberi kepadanya elaun yang tinggi dan pengadu mempunyai bilik sendiri di pejabat.

Dalam hujah yang lain, beliau berkata Saiful bukan subahat, kerana terdapat kes undang-undang yang menyatakan mangsa penderaan seksual tidak boleh diperlakukan seperti itu.

Muhammad Shafee berkata, selaku pelajar yang tercicir daripada universiti, Mohd Saiful tidak mungkin mengada-adakan cerita dan berbohong melainkan dia seorang yang sangat bijak.

Mengenai kenyataan Anwar dari kandang tertuduh, beliau berkata perayu mendakwa tuduhan liwat itu adalah konspirasi politik dengan mengaitkan individu tertinggi dalam negara, perdana menteri sehinggalah kepada pegawai penyiasat.

Muhammad Shafee berkata, Anwar juga 'menyerang' hakim perbicaraan, yang boleh membawa kepada menghina mahkamah.

"Sesiapa yang mensabitkan beliau adalah sebahagian daripada konspirasi dan tidak jujur, tetapi apabila beliau dibebaskan, itu bukanlah sebahagian daripada konspirasi," hujah beliau.

Beliau turut menarik perhatian terhadap kegagalan Anwar memanggil saksi alibinya, yang sangat penting dalam kes perayu.

Selepas mahkamah menangguhkan pendengaran rayuan itu untuk bersambung pada Isnin, Muhammad Shafee memberitahu wartawan, setakat ini beliau selesai membentangkan 20% daripada hujahnya. ~bernama


Addin:

Penemuan mengejutkan dalam hujahan balas pihak pendakwaan ialah, bagaimana Saiful yang berumur 20an tidak mampu untuk melawan kudarat Anwar yang pada ketika sudah berumur 61 tahun. Tambahan dalam kejadian tersebut Anwar dikatakan melakukannya tanpa bantuan sesiapapun.

Kenapa Saiful tidak melawan dan cuba melarikan diri bagi menyelamat maruah dirinya. Addin rasa jikalau hal ini berlaku pada seorang perempuan pun, mereka akan melawan habis-habisan. Itu persoalan penting dalam perbicaraan ini.. Kenapa Saiful tidak cuba untuk menyelamtkan dirinya? Mungkin anda semua ada jawapannya..



Iklan C (ii)







1 comment:

  1. Sayfool,pereka cerita penglipur lara yang telah termakan rezeki kotor,maka gubahannya diolah penuh fitnah dn luahan hati dn akal yAng jijik dn busuk.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...