Thursday, 2 October 2014

Penceramah Popular Tidak Puas Hati Harga Minyak Naik

ustaz kazim elias

Pendakwah merangkap Ahli Majlis Tertinggi UMNO tidak jadi, Ustaz Mohd Kazim Elias melalui laman sosial Facebooknya meluahkan rasa tidak puas hati dan tidak bersetuju cara kerajaan UMNO/BN yang dipimpin Najib Razak menaikkan petrol RON95 dan Diesel sebanyak 20 sen seliter mulai tengah malam tadi.

Menyatakan secara halus dan sini kenaikkan ini bakal membawa tumbangnya UMNO/BN pada PRU 14 akan datang.

"Salam.. Sepatutnya cari jalan lain utk mengurangkan kos.. byk benda lain yg x perlu dan patut dipotong perbelanjaannya.Bukan dgn menaikkan harga Ron95
Sy rasa barisan penasihat patut lebih menyelami denyut nadi rakyat bukan dgn membuat pelbagai alasan kenaikan. 
Belum terlambat utk kaji semula kenaikan ini, tak payah beri BRIM la kalau kos hidup lain naik ekoran kenaikan harga bahan api.. 
Harap2 pimpinan kerajaan fikirlah balik jika ingin melihat survival pemerintahan dpt bertahan. 
Kaji semula n buat kaedah lain yg lebih mengembirakan rakyat... inilah luahan rakyat biasa seperti saya tp ingatlah rakyat biasalah yg menentukan survival politik..." ~omakkau



Iklan C (ii)







No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...