Monday, 13 October 2014

PasMA Sindir Siapa Ni?


Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) membidas tindakan Majlis Syura Ulama PAS yang dianggap tidak mempunyai hak untuk mencampuri kuasa eksekutif ekoran melarang anggota parti itu menyertai sebarang aktiviti NGO itu.

Presidennya Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata majlis itu - badan tertinggi dalam PAS - bukan badan eksekutif yang boleh mengeluarkan sebarang kenyataan yang melibatkan kuasa jawatankuasa PAS pusat.

"PASMA merasakan bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh setiausaha Majlis Syura Ulama PAS sepatutnya ditujukan kepada Jawatankuasa PAS Pusat sebab ia bukan lagi menjadi keputusan parti kerana Jawatankuasa PAS Pusat sahaja yang berhak membuat keputusan  parti.

"Jawatankuasa PAS Pusat adalah merupakan badan eksekutif yang diamanahkan oleh parti. Beliau tidak ada hak untuk mengeluarkan sebarang kenyataan yang melibatkan kuasa eksekutif," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh (atas, kiri) yang menasihatkan ahli PAS supaya tidak terlibat dalam sebarang aktiviti PasMA yang dilihat boleh "memecah belahkan ahli-ahli PAS" selepas pemantauan dibuat.

Nik Zawawi berkata peringatan itu diberikan selaras ucapan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya tidak mewujudkan jamaah dalam jamaah dalam PAS, ketika muktamar di Batu Pahat bulan  lalu.

Dalam kenyataannya hari ini, Phahrolrazi yang juga ADUN PAS Pengkalan Kundor menegaskan pendirian NGO itu sekali lagi bahawa mereka itu bukan parti politik dan tidak terikat dengan mana-mana parti politik. ~malaysiakini



Iklan C (ii)





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...