Thursday, 16 October 2014

PAS Terkedu Dengan Berita Mengejutkan Ini


Anak bekas timbalan perdana menteri Mohd Tamrin Abdul Ghafar hari ini menghantar surat kepada setiausaha agung PAS menarik diri dari menjadi ahli parti Islam itu.Tamrin berkata beliau tidak lagi menganggotai PAS berkuatkuasa hari ini.

"Adalah diharapkan pihak Yang Berbahagia Datuk dapat mengemaskinikan rekod keahlian saya berkaitan keputusan ini," kata Tamrin yang juga bekas Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) itu.

Ibu pejabat PAS mengesahkan penerimaan surat bertajuk "Menarik diri sebagai ahli PAS" daripada Tamrin itu.Dua tahun lepas, pada 11 Ogos 2012, Tamrin menyerahkan borang keahlian sebagai ahli PAS kepada presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada majlis peringatan Badar Al Kubra di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad, Gombak.

Tamrin merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Molek dan pernah menjadi Ahli Parlimen Batu Berendam.

Menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 tahun lalu, beliau turut sama dilihat membantu kempen PAS dan Pakatan Rakyat (PR).Tamrin dilaporkan mula tidak senang dengan PAS sejak kemelut pelantikan menteri besar Selangor yang menyaksikan pertembungan antara parti itu dengan rakannya dalam PR.

Beliau pernah memberitahu The Malaysian Insider sebelum ini, walaupun sekiranya beliau keluar dari PAS, dia tidak akan sekali-kali kembali kepada parti asalnya, Umno."Bagi saya Umno sudah mati," kata Tamrin, anak kepada Tun Abdul Ghafar Baba.

Langkah seterusnya bagi Tamrin ialah menyertai Gerakan Anti Perkauman (GAP), sebuah badan yang akan memperjuangkan Malaysia yang harmoni dan mengutamakan perpaduan antara kaum.

GAP merupakan idea beliau yang dicetuskannya pada satu pertemuan sempena memperingati tarikh 13 Mei di Dewan Perhimpunan Cina Selangor tahun lepas.Gerakan itu akan dilancarkan di Petaling Jaya malam ini. ~malaysian insider




Iklan C (ii)





1 comment:

  1. Terkejut Apa??? Kalau setakat ahli biasa seperti Tamrin keluar parti tak kan sebuah parti besar seperti Pas akan terkejut dan menangis!! Singkat sangat pemikiran admin. Sedangkan President seperti Asri; Timbalan Presiden dan beberapa individu2 yang memegang jawatan2 tinggi keluar Pas, tiada siapa pun hairan, lebih2 lagi Pas inikan pula ahli biasa yang baru dua tiga tahun masuk Pas nak keluar balik. No Problem langsung. Kan negara ini negara demokrasi, masing2 boleh buat pilihan.Lihat saja umno. sedangkan bekas2 presidennya pun keluar parti dari Dato' Onn, Tengku, Hussein Onn malah Mahathir keluar parti, umno tak runtuh pun. Cuma bezanya sesiapa yang dah keluar parti umno, dah bakar jambatan dll dengan mudah boleh join balik dan umno tak rasa apa2, bagi Pas kalau dah keluar nak masuk balik ikut pintu mana2 pun tak semudah macam keluar. Dan biasanya mereka yang keluar atau dikeluarkan dari Pas akan malu sendiri nak mohon masuk semula.Itulah teguhnya Pas berbanding partui2 lain. Jadi selalunya apabila seseorang itu keluar Pas, individu tersebut akan terkedu dan terkejut apabila berada di luar.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...