Friday, 3 October 2014

PAS Terengganu Jadi Jurucakap BN?


Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu seolah-olah jurucakap kepada Barisan Nasional kerana sejak akhir-akhir ini beberapa kenyataan yang beliau keluarkan banyak menghentam Pakatan Rakyat, dakwa PasMa.

Setiausaha Agung Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) itu, Mohd Taib Ahmad dalam kenyataannya berkata, tindakan Satiful Bahri Mamat itu tidak wajar jika beliau merasa masih bersama dalam Pakatan Rakyat.

"Sepatutnya sebagai seorang Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu yang merupakan negeri Presiden PAS, beliau menyokong dan mendokong Pakatan Rakyat bukannya menyerang rakan sendiri.

"Kerana sikap sebeginilah membuatkan ada tuduhan terhadap PAS dan terhadap Presiden PAS sendiri, PAS mahu tinggalkan Pakatan dan menyertai BN," kata Taib.
Taib dipercayai mengulas kecaman yang dibuat oleh Satiful terhadap Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali yang mendakwa menteri besar yang baru itu mengzalimi Tan Sri Khalid Ibrahim.

Menurut Utusan Malaysia hari ini, Satiful mengadakan sidang media bagi menyatakan sikap itu dengan menyerang Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam dua isu berbeza.

Di Selangor, PAS Terengganu menempelak tindakan kerajaan PKR Selangor yang mengarahkan bank membekukan akuan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) di Parlimen Bandar Tun Razak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang yang diwakili bekas menteri besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Tindakan Kerajaan PKR Selangor itu disifatkan sebagai tidak adil dan bermotifkan dendam sehingga sanggup menjadikan rakyat sebagai mangsa politik mereka, lapor Utusan Malaysia hari ini.

Satiful juga berkata, PAS Terengganu kecewa dengan tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang yang didakwanya menyingkirkan Bendahari PAS negeri itu, Iszuree Ibrahim daripada semua Jawatankuasa Tetap Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

Taib berkata, kenyataan beliau mengenai PasMa juga bercanggah dengan kenyataan Timbalan Presiden PAS, Naib Presiden dan Setiausaha Agong yang mengatakan bahawa PasMa adalah sebuah NGO sahaja dan tidak mengancam PAS.

Malahan, kata Taib dalam kenyataannya, arahan yang dikeluarkan oleh beliau seoalah-olah PasMa adalah pertubuhan haram yang tidak boleh disertai dan diikuti program yang dianjurkan.

Sedangkan PasMa adalah sebuah badan bukan kerajaan yang berdaftar dan sah di sisi undang-undang Malaysia.

Ini berikutan arahan yang dikeluarkan oleh PAS Terengganu yang menghalang mana-mana ahlinya dari menyertai atau melibatkan diri dengan kegiatan PasMa. ~malaysian insider




Iklan C (ii)







No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...