Sunday, 5 October 2014

Najib Pasti Tidak Sanggup Baca Berita Ini..


Parti Rakyat Malaysia mengingatkan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak bahawa perdana menteri sebelumnya, Tun Abdullah Ahmad Badawi terpaksa berundur kerana gagal menunaikan janji.

Oleh itu, BN perlu memenuhi janji pilihan raya untuk tidak menaikkan harga bahan api sekiranya perdana menteri itu tidak mahu mengalami nasib yang sama, katanya.“PRM hendak mengingatkan bahawa bekas perdana menteri,  Abdullah Badawi, diberikan kepercayaan kuat oleh rakyat kerana beliau berjanji melaksanakan perubahan yang diidam-idamkan rakyat.

"Oleh itu (Abdullah) mendapat peratusan kerusi parlimen yang paling tinggi dalam sejarah Malaysia.“Tetapi selepas pilihan raya, beliau tidak membawa  perubahan yang dijanji, tidak menghiraukan kesusahan kehidupan rakyat, sebaliknya melaksanakan dasar ekonomi neo-liberalisme, mengurangkan subsidi, menaikkan harga minyak dengan mendadak.

“Akibatnya harga barangan melambung naik, inflasi berlaku, akhirnya beliau dinyah oleh pengundi dalam pilihan raya umum ke-12,” kata Koh.Tambahnya, kejayaan BN dalam pilihan raya umum 2004 – dengan kemenangan di 198 dairpada 220 kerusi parlimen – adalah berdasarkan keyakinan rakyat kepada Abdullah untuk menjalankan agenda perubahan.

“Bagaimanapun, selepas pilihan raya umum, beliau tidak membawa perubahan yang dijanjikan,” kata Koh dalam kenyataannya.Koh turut mempersoalkan tindakan kerajaan yang tidak menaikkan harga RON97 dan hanya menaikkan harga RON95 dan diesel.

“RON95 untuk pengguna berpendapatan pertengahan dan RON97 diguna oleh mereka yang kaya berkereta besar.“Lagi pun berapa warga asing yang berada di Malaysia menikmati subsidi minyak RON 95?,” soalnya.

Harga petrol RON95 dan diesel dinaikkan sebanyak 20 sen pada 2 Oktober, menjadikan harga masing-masing RM2.30 dan RM2.20 seliter. ~malaysiakini





Iklan C (ii)







No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...