Sunday, 5 October 2014

Najib Menggelupur Dengar Berita Ini


SHAH ALAM - Akaun Facebook milik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi sasaran rakyat meluahkan rasa tidak senang dengan kenaikan harga petrol dan diesel berkuat kuasa kelmarin.

Sejak hari pertama penarikan subsidi itu diumumkan pada lewat petang Rabu lalu, ruang komen di kebanyakan status Najib terutama yang dimuat naik selepas pengumuman itu, dihujani dengan luahan hati rakyat, walaupun status beliau bukan mengenai isu penarikan subsidi.

Status di Facebook Najib tentang keputusan undian bahawa kebanyakan rakyat memilih kos sara hidup sebagai kategori pilihan utama melalui laman web #Bajet2015 menarik lebih 3,000 komen, kebanyakannya membantah kenaikan harga minyak.

Semalam, status Najib berkongsi penerangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tentang isu rasionalisasi subsidi turut dipenuhi komen sama.

Penerangan dalam bentuk soal jawab yang dimuat naik Najib kira-kira jam 4 petang itu dihujani komen bantahan terhadap keputusan kerajaan menaikkan harga RON95 dan diesel sebanyak 20 sen.

Ada juga pengguna media sosial yang mempersoalkan bentuk bantuan kerajaan terhadap golongan pertengahan bagi meringankan beban kos sara hidup yang tinggi.

Malah, status pemimpin tertinggi negara itu mengenai tragedi MH17 yang dimuat naik semalam turut disambut dengan komen yang membincangkan isu kenaikan harga minyak. ~sinar harian





Iklan C (ii)







No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...