Wednesday, 8 October 2014

Najib Dibelasah Media Antarabangsa


Seorang menteri BN membidas laporan akhbar Amerika Syarikat yang mengkritik penggunaan Akta Hasutan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Menteri Kesejahteraan Banda, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahalan mendakwa AS bersikap "double standard" kerana mereka turut menggunakan Akta Patriot yang zalim.

Akta Patriot merupakan akta anti-pengganas yang membenarkan kerajaan AS memasang pepijat di telefon untuk mengawasi mereka yang disyaki terlibat dalam aktiviti keganasan.

Akhbar New York Times Isnin lalu menyiarkan sebuah kolum mengkirik penahanan beberapa wakil rakyat, ahli akademik dan wartawan di bawah Akta Hasutan sebagai "serangan terhadap kebebasan bersuara dan ugutan kepada demokrasi.

Sementara itu, bercakap dalam sidang media di parlimen hari ini,  Abdul Rahman turut membidas MP Ipoh Timor, Thomas Su yang mendakwa  Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) yang bakal ditubuhkan kerajaan persekutuan, tidak sah dari segi perundangan.

Menurutnya, JPP tidak mempunyai pertindihan tugas dengan ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kerana mereka tiada kuasa untuk menguatkuasakan sebarang undang-undang atau mengutip bayaran.

"Apa yang berlaku sekarang ialah tiada interaksi secara langsung dengan wakil penduduk dan kerajaan persekutuan,.ada kelompongan di sini.

"Oleh itu kita tubuhkan JPP untuk bolehkan wakil penduduk ini bersemuka dengan ketua jabatan kerajaan persekutuan," katanya dalam sidang media sama.

Su ketika perbahasan tadi bertanyakan adakah pelantikan JPP melanggar Perlembagaan Persekutuan dan cubaan untuk mengambil alih fungsi ahli majlis PBT.

Abdul Rahman yang juga MP Kota Belud menyatakan pelantikan JPP penting kerana hampir semua perkhidmatan penting seperti hospital, polis, telekomunikasi, banyak kemudahan yang diberikan kepada penduduk di bawah kerajaan persekutuan.

JPP bakal dilancarkan Disember depan di Johor Bahru oleh Najib dengan peruntukan berjumlah RM63 juta. ~malaysiakini



Baca artikel New York Times di SINI.




Iklan C (ii)







No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...