Friday, 17 October 2014

Lagi Pilihanraya Kecil Mungkin Akan Berlaku?


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen BN Kalabakan, Datuk Ghafur Salleh menggesa satu Jawatankuasa Khas Parlimen diwujudkan bagi mengkaji semula status kemiskinan penduduk rakyat negeri Sabah.

Beliau ketika membahaskan Bajet 2015 menjelaskan statistik yang mengatakan rakyat Sabah mempunyai pendapatan isu rumah RM4 ribu sebulan wajar dikaji semula."Kita gesa wujud segera jawatankuasa ini bagi mengkaji semula kedudukan sebenar rakyat Sabah.

"Semua parti perlu terlibat dan kita perlu pergi rumah ke rumah bagi membuat kajian sebenar tentang apa yang Sabah alami terutama soal kemiskinan," ucap beliau di Dewan Rakyat.

Beliau turut mempertikaikan apabila pengiraan statistik kemiskinan diambil secara menyeluruh sebelum dikira secara purata."Pengiraan tidak boleh dilakukan sedemikian, kita perlu membuat kajian di bawah dengan bertemu penduduk.

"Bila kajian tidak dibuat betul-betul, kita tidak akan tahu taraf sebenar kemiskinan itu, mungkin pengiraan dibuat di semenanjung tetapi tidak Sabah, rakyat negeri itu masih miskin walaupun telah lama merdeka," sambung beliau lagi.

Janji p'raya

Ghafur turut menggesa agar Kerajaan BN dengar sendiri rintihan rakyat negeri itu dan tidak hanya bertemu mereka untuk janji-janji pilihan raya."Dulu masa pilihnraya umum kerajaan janji hendak bina rumah sebanyak 1 juta unit dengan kadar 250 ribu unit setahun.

"Tetapi sehingga sekarang tidak ada satu pun rumah dibuat, mana janji-janji sebelum ini," soalnya lagi.Menurutnya, sewaktu penerangan dibuat beliau memang berpuas hati tetapi melihat kepada pelaksanaannya sekarang, beliau berasa kecewa.

"Saya sebelum ini pernah merasmikan pecah tanah untuk Rumah Generasi kedua Felda dan sekarang saya sendiri yang malu bila tiada rumah yang dibina setelah lama pilihan raya berlalu," katanya. ~harakahdaily


Addin:

Mungkinkah MP BN akan keluar parti sebab bengang kerajaan pusat tak peduli tuntutan dari Sabah.





Iklan C (ii)





2 comments:

  1. orang macam ni hanya akan keluar parti bila hilang jawatan.

    ReplyDelete
  2. Kawan aku dikampung ada beli Tanah 1 hektar untuk pertanian/ternakan dan buat rumah satu tingkat, Anak 6 orang, Ada satu kereta iswara, 1 motor Honda dan 1 lori untuk mengangkut tanaman dan ternakan. Dia tak ada hutang bank. Aku gaji RM3500 tinggak di KL ada apartment 650 kaki persegi dan ada 1 kereta Exora dan 1 motor cub. Anak 3 org. Semua hutang akan habis bila umur aku 60 tahun. Sekarang pikir sendiri, siapa paling kaya :(

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...