Thursday, 2 October 2014

Kementerian Pelajaran Buat Pusingan U


Kementerian Pelajaran hari ini membuat pusingan "U" keputusannya sebelum ini melarang penggunaan keputusan percubaan SPM untuk melanjutkan pelajaran ke program pra-universiti, mengatakan ia bukan muktamad.

The Star melaporkan Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh sebagai berkata kementerian itu tidak membuat "keputusan muktamad" sama ada keputusan percubaan boleh digunakan atau tidak.

Idris berkata, kementerian akan berbincang dengan pihak berkepentingan sebelum membuat keputusan itu.

"Kami mengambil jalan tengah, dan mudah-mudahan, akan datang dengan penyelesaian terbaik untuk semua pihak tidak lama lagi," katanya pada sidang media di Universiti Teknologi Malaysia di Johor, hari ini.

Kementerian sebelum ini berkata ia tidak pernah membenarkan penggunaan keputusan percubaan SPM walaupun pada hakikatnya ia diamalkan selama 30 tahun.

Menurutnya, hanya keputusan sebenar SPM dibenarkan apabila mendaftar kursus matrikulasi, pra-universiti dan diploma diluluskan kementerian, memetik Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996.

Dilaporkan kira-kira 30,000 pelajar Tingkatan Lima mendaftar untuk kursus sedemikian menggunakan keputusan peperiksaan percubaan mereka. ~malaysian insider



Iklan C (ii)







1 comment:

  1. pakai SPM la... percubaan just panas badan saja

    nak amek kereta baru ka? atau yang display/test drive?

    kalau pakai percubaan.... SPM tak payah buat.

    isteri nak yang baru...atau yang dah dicuba?....hehe jgn marah gurau je

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...