Monday, 27 October 2014

Luahan Hati Saiful Bukhari Sebelum Perbicaraan Kes Liwat 2 Esok


Pengadu kes Liwat 2, Mohd Saiful Bukhari Azlan berharap pasukan peguam bela Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak lagi melambatkan proses kehakiman dengan mencari alasan untuk melambatkan kes.

Saiful berkata, dia mahu kes ini segera ditamatkan dan yakin Mahkamah Persekutuan akan mendengar dan memutuskan kes ini dengan adil mengikut undang-undang, berpandukan bukti dan keterangan sepanjang perbicaraan.

"Cukuplah kes ini berlanjutan selama 6 tahun 2 bulan, sudah mencecah 100 penangguhan dan permohonan dibuat.

"Kebenaran ini penting dan amat bermakna buat saya dan seluruh keluarga saya kerana ia melibatkan maruah dan masa depan," katanya dalam melalui tulisan di blognya hari ini. ~malaysian insider


Addin:

Moga Allah SWT memberi kemenangan kepada pihak yang benar.. amin



Iklan C (ii)





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...