Friday, 10 October 2014

Punca Ibrahim Ali Besar Kepala Terjawab


Nancy Shukri‎ mempertahankan kenyataan Datuk Ibrahim Ali yang mengugut untuk membakar Bible membuktikan beliau klon presiden Perkasa itu.

Setiausaha Agung DAP itu berkata, Nancy menunjukkan dirinya sebagai penyokong Perkasa dalam diam apabila mempertahankan kegagalan Peguam Negara daripada mendakwa Ibrahim mengikut Akta Hasutan.

"Dengan tidak mendakwa Ibrahim Ali kerana mengugut untuk membakar Bible versi bahasa Melayu dan Iban sebagai bertepatan dengan Perlembagaan Persekutuan, Nancy memperlihatkan dirinya sebagai sekurang-kurangnya seorang peguam yang tidak memahami undang-undang, atau lebih teruk lagi seorang penyokong Perkasa dalam diam dan klon kepada Ibrahim Ali," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nancy Shukri dalam jawapan bertulis di Parlimen kelmarin menjelaskan, Ibrahim tidak didakwa kerana beliau tidak berniat untuk menimbulkan kekecohan agama tetapi hanya mempertahankan kesucian agama Islam.

"Kata-kata yang diucapkan beliau (Ibrahim) ditujukan kepada individu yang mengedar naskah Bible mengandungi kalimah Allah dan tulisan Jawi kepada pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Jelutong, Pulau Pinang termasuk pelajar Melayu.

"Kenyataan yang dibuat beliau tidak berniat menimbulkan kekecohan agama tetapi hanya mempertahankan kesucian agama Islam," kata Nancy dalam jawapan bertulis kepada soalan Lim di Dewan Rakyat. ~malaysian insider




Iklan C (ii)





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...