Wednesday, 29 October 2014

Punca Dua Kapal Kontena Di Pelabuhan Barat Terbakar Tersebar

Dua Kapal Kontena Di Pelabuhan Barat Terbakar

Dua kapal kontena yang berlabuh di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang dekat Shah Alam terbakar kira-kira pukul 7.30 malam ini.

Pegawai Pasukan Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Ahmad Aidil Ab Majid berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada kira-kira pukul 7.38 malam.

Menurutnya, pasukan bomba yang tiba pada 8.17 malam menarik salah sebuah kapal tersebut kira-kira satu kilometer ke tengah laut dari dermaga bagi mengawal kebakaran daripada terus merebak.

"Sebuah lagi kapal masih berada di Dermaga 20 dan kerja-kerja memadam kebakaran masih dijalankan pada saat ini namun tiada mangsa terlibat dalam kejadian tersebut," katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas malam ini.

Sehingga pukul 10 malam ini, operasi memadam kebakaran masih dijalankan dan maklumat lanjut mengenai status kapal belum diperolehi. ~bernama

Addin:

Menurut maklumatdari  pekerja Wesport, kapal tersebut melanggar sebuah kapal yang telah berlabuh di Wesport.. wallahualam


Dua Kapal Kontena Di Pelabuhan Barat Terbakar

Dua Kapal Kontena Di Pelabuhan Barat Terbakar

Dua Kapal Kontena Di Pelabuhan Barat Terbakar

Dua Kapal Kontena Di Pelabuhan Barat Terbakar





Iklan C (ii)





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...