Friday, 3 October 2014

Berita Gembira Dari Pejabat Azmin Ali..

azmin ali

PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali menafikan dakwaan yang dibuat bahawa pihak Kerajaan Negeri bersetuju memperuntukkan sebanyak RM1 billion bagi menampung penarikan subsidi yang dilakukan adalah Kerajaan Pusat.

Azmin di dalam Facebook miliknya telah menyatakan bahawa sebaran yang dilakukan itu tidak benar.

“Sebaran di media sosial konon Kerajaan Selangor memperuntukkan RM1 billion untuk menangani kenaikan harga minyak adalah tidak benar dan palsu,” tulisnya di Facebook.

Perkara itu disebarkan oleh sebuah portal di dalam portal Facebooknya beberapa jam yang lalu. Sepanjang tempoh itu, ia telah dikongsi seramai 163 pengguna Facebook yang lain.

Bagi pengguna Facebook, Cindy Hui Ting, beliau meminta supaya Menteri Besar yang baru sahaja dilantik agar bertindak melakukan saman kepada blogger tersebut, “Sue this blogger!!!,” tulisnya.

Manakala, bagi pengguna Aiman Aery, dia menyeru supaya Kerajaan Negeri menghapuskan dahulu tol di negeri Selangor, “hapuskan TOL dulu, Selangor negeri banyak TOL,” tulisnya. ~free malaysia today




Iklan C (ii)







No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...