Sunday, 12 October 2014

Keputusan Ini Betul-Betul Merugikan PAS.. Percayalah


PAS hari ini memutuskan menggantung keahlian dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor yang menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor.

Adun Hulu Kelang, Saari Sungib dan Adun Morib, Hasnul Baharudin digantung selama setahun dan dilarang terlibat dalam sebarang aktiviti parti Islam tersebut.Keputusan tersebut dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang berlangsung hampir lima jam di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.

Saari dan Hasnul, bagaimanapun, masih lagi ahli PAS.Saari Sungib dan Hasnul Baharudin (dua dan tiga dari kanan) ketika hadir di sidang media menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, 14 Ogos lalu. 

Keputusan yang diambil tadi memutuskan kedua-duanya digantung selama setahun," kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali di sidang media hari ini.Dalam reaksi segera mereka ketika dihubungi The Malaysian Insider, Hasnul berkata dia sedikit terkejut dengan keputusan itu tetapi memang menjangkakannya.

"Saya akan pertimbangkan untuk membuat rayuan," katanya.Saari pula berkata dia akan menunggu surat rasmi parti mengenai keputusan itu dan memikirkan tindakan selanjutnya selepas itu sama ada untuk merayu atau tidak. ~malaysian insider




Iklan C (ii)





2 comments:

  1. Xpyah rayu... Rayu cuma kpd Allah... Tinggalkan mereka yg lembab dan buat keputusan parti cuma utk menantu nya saja....

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...