Friday, 31 October 2014

Kejutan Di Parlimen Hari Ini..


Putrajaya dikatakan berjaya meraih kira-kira RM51.4 juta hasil daripada kutipan saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) semenjak ia dilaksanakan pada 23 September 2012 hingga 31 Ogos 2014.

Menurut Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiang Lai, menjawab soalan lisan Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian, jumlah saman tersebut diraih sebelum penangguhan pendakwaan bagi kes AES di mahkamah pada 17 Disember 2012, selepas dilaporkan sejumlah 10,136 kes dibawa dan didaftarkan di mahkamah.

Hee dalam soalan lisannya juga meminta Liow menjelaskan sejauh mana pelaksanaan AES dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

Liow berkata, melalui hasil kajian Insititut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros), AES berjaya mengurangkan sebanyak 7 kes kemalangan maut atau 36.84% sepanjang tempoh 8 bulan pelaksanaannya.

"Kajian Miros terhadap perangkaan kemalangan jalan raya di 14 lokasi yang dipasang kamera AES, adalah didapati kemalangan maut bagi tempoh 8 bulan sebelum pelaksanaannya menurun daripada 19 kes kepada 12 kes bagi tempoh 8 bulan selepas pelaksanaanya," kata Liow dalam jawapan bertulis di Parlimen.

Selain itu, katanya kajian Miros juga menunjukkan secara purata, kadar pematuhan had laju di enam lokasi kamera tetap AES adalah lebih kurang 63% sebelum pelaksanaan AES dan kadar pematuhan had laju meningkat kepada 91% bagi hari bekerja.

"Manakala bagi 4 kamera tetap AES di kawasan persimpangan lampu isyarat, kadar perlanggaran lampu isyarat berwarna merah adalah 4.3% sebelum pelaksanaan AES dan menurun kepada 2.2% sejak dari pemasangan kamera itu," katanya.

Menurut Liow, kajian di peringkat antarabangsa pula menunjukkan bahawa sistem tersebut dapat mengurangkan kematian akibat kemalangan jalan raya antara 17% dan 71%.

"Kajian juga mendapati bilangan kenderaan memandu melebihi had laju menurun sebanyak 70%," katanya.

Pelaksanaan kamera itu mencetuskan kontroversi apabila Pakatan Rakyat (PR) mempersoalkan perjanjian memberikan kontrak AES bernilai RM700 juta untuk dua firma – ATES Sdn Bhd dan Beta Tegap – yang akan berhak mendapat RM16 setiap saman sah bagi lima juta pertama saman yang dikeluarkan.

Dilaporkan, pendapatan selebihnya akan dipecah sama rata antara kedua-dua syarikat dan kerajaan sehingga kepada had sebanyak RM270 juta setiap satunya.

Firma akan menerima 7.5% daripada hasil baki dan kerajaan akan mendapat selebihnya.

PR mendakwa syarikat tersebut ada kaitan dengan MCA dan Umno, tetapi ia dinafikan sekeras-kerasnya.

Tahun lalu, bekas pemangku menteri pengangkutan, Datuk Seri Hishammudfin Hussein mengumumkan diskaun 50% bagi saman AES, di mana pesalah trafik hanya perlu membayar RM150 dan bukan RM300 bagi setiap saman AES jika mereka membayar dengan cepat.

Beliau juga berkata syarikat milik penuh kerajaan, AES Solutions Sdn Bhd, akan mengambil alih pengurusan daripada ATES dan Beta Tegap. ~malaysian insider




Iklan C (ii)






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...