Thursday, 9 October 2014

Kisah Ibrahim Ali Yang Ramai Tak Tahu.. Bacalah


Ketua Pemuda PAS Malaysia Suhaizan Kaiat hari ini menyelar kenyataan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali, yang menggesa pihak kerajaan supaya mempertahankan Akta Hasutan 1948 daripada dihapuskan.

Katanya, Ibrahim Ali merupakan salah seorang pencetus huruhara di Kelantan 1977 sehingga berlakunya darurat pada tahun 1978, namun tidak didakwa dibawah Akta Hasutan meskipun akta tersebut wujud ketika itu.

“Ibrahim Ali kononnya menyokong Mohammad Nasir sebagai Menteri Besar Kelantan yang mendapat undi tidak percaya dalam DUN Kelantan. Orang Selatan Thailand dan Kuala Lumpur diberi duit datang Kelantan untuk menyemarakkan kemarahan rakyat di Kelantan.

“Tetapi peliknya pencetus huruhara (Ibrahim Ali) tidak dihukum walaupun ada Akta Hasutan,” katanya semasa di hubungi.Jelas Suhaizan, Akta Hasutan bukan masalahnya, tetapi ia menjadi isu apabila berlakunya penguatkuasaan dan pendakwaan selektif.

“Tanpa Akta Hasutan, negara kita sudah mempunyai undang-undang yang boleh menyekat jenayah berlaku dalam negara seperti Kanun Keseksaan.“Saya tetap menyatakan bahawa Akta Hasutan sangat mudah digunakan oleh pemerintah untuk menyekat kebebasan rakyat bersuara menegur kerajaan,” ujarnya.

Suhaizan mengulas kenyataan Ibrahim Ali yang berpendapat insiden pengeboman yang berlaku di Bukit Bintang pagi tadi merupakan petanda awal keselamatan negara terjejas sekiranya ISA dan Akta Hasutan dihapuskan oleh pihak kerajaan. ~free malaysia today



Iklan C (ii)







No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...