Friday, 17 October 2014

Najib Akan Pecat MP Ini Kerana Kegopohannya?


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar mendakwa bahawa Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali menjadi Menteri Besar atas linangan air mata orang lain. 

Walaubagaimanapun, dakwaan Noh itu ditentang oleh beberapa orang Ahli Parlimen Pembangkang yang lain, antaranya Ahli Parlimen Kapar, G. Manivannan. “Ahli Parlimen Tanjong Karang cemburu,” kata Ahli Parlimen Kapar itu.

Walaubagaimanpun ia dinafikan oleh Noh yang juga merupakan Ahli UMNO. Noh turut menambah bahawa beliau bersimpati dengan arkitek ‘Langkah Kajang’ dan juga dua ADUN PAS yang digelar broker oleh partinya sendiri. 

Bahkan Noh turut menyatakan sejak Azmin Ali menggalas tugas sebagai Menteri Besar, pelaburan di negeri Selangor semakin merudum. “Kini pelaburan di Selangor sudah jatuh ke tangga nombor 5,” katanya. 

Dalam pada masa yang sama, Noh turut meminta penjelasan daripada Azmin mengenai perancangannya untuk membangunkan universiti milik kerajaan negeri Selangor iaitu Unisel. 

“Mampukah Azmin menaikkan taraf Unisel di Selangor ini?” soalnya. Persoalan Noh itu langsung dijawab oleh Azmin dengan menyatakan bahawa jawatan sebagai Menteri Besar ini bukannya satu keistimewaan tetapi adalah satu tanggungjawab. 

“Beri saya peluang untuk bentangkan Belanjawan 2015. Dalam Belanjawan 2015 itu nanti, saya akan tumpukan kepada salah satu teras utama iaitu pendidikan,” kata Azmin yang juga merupakan Ahli Parlimen Gombak.  ~free malaysia today









Iklan C (ii)





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...