Wednesday, 22 October 2014

Gambar Sambutan Hambar Flashmob 'Rakyat Hakim Negara' Di Seremban


Flashmob "RAKYAT HAKIM NEGARA" ini berlaku semalam 21hb Oktober 2014 hari Selasa jam antara 4.00 ptg hingga 5.00 ptg di bawah Flyover MRR Jalan Rahang-Senawang hadapan Ibu Pejabat KeADILan Negeri Sembilan.

Angka yang turun memberikan sokongan moral cukup menyedihkan sekali, boleh di kira dengan jari.

Ada yang cuba putar nanti kata angka yang membuat gerak kerja Flashmob tidak perlu anggota ramai sekadar beberapa orang sudah mencukupi memenuhi syarat.

Yang cuba digambarkan ialah gerak tenaga kerja AMK memang tidak ada kekuatan .. kalau ada pun jenis malas turun padang buat kerja sukarelawan... berlawanan dengan apa di gambarkan di alam maya dan Kongres Nasional 2014 yang baru lalu  ... ikrar cukup kuat suara macam nak runtuh bumbung dewan akan pertahankan nasib DSAI .. hakikatnya... bila tiba masa dan waktu, ternyata itu semua adalah suara-suara angkuh yang tidak berpijak di bumi yang nyata.

Dulu zaman reformasi '98 tidak ada flashmob dan internet pun baru nak bertapak .. Facebook, Instagram, Telegram, Twitter dan WhatsApp belum wujud ... paling kuat guna sms ... penggunaan telefon bimbit pun dikira barang mewah bukan macam sekarang budak tadika pun dah ada henfon.

Tapi cara sebaran maklumat cukup hebat dan bersungguh dan memberi kesan yang amat mendalam dan mampu mengamcam jiwa dan minda anak-anak muda termasuk warga-warga emas untuk berhimpun memberikan sokongan moral kepada DSAI yang di aniaya dan dizalimi ketika itu, Liwat I.

Tapi amat jauh berbezanya dengan Liwat II kali ini .. sambutan rakyat terutamanya anak-anak muda semacam dengar telinga kiri lompat keluar ikut telinga kanan sedangkan isunya sama iaitu fitnah, aniaya dan zalim.

Ketika itu Pakatan Rakyat gabungan PKR/PAS/DAP tidak wujud pun ... Barisan Alternatif  terdiri PAS/DAP/PKN wujud tahun 1999, tetapi jumlah rakyat yang turun ke jalanraya cukup hebat.

Masa itu hanya Kelantan negeri di perintah pembangkang sedangkan sekarang ini 3 buah dan UMNO/BN hilang 2/3 majoriti.

Ketika itu bila berhimpun terpaksa berdepan dengan pacutan air berasid dan gas pemedih mata selain kena belasah dengan belantan, tetapi kini keadaaan itu sudah tidak ada lagi.

Dimana silapnya? .. Adakah rakyat sudah bosan terlalu kerap diheret kejalanraya atau mereka dalam kegelapan kabur tidak tahu punca sebenarnya mengapa mereka harus turun ke jalan raya?

Membuktikan betapa kepimpinan AMK kini kelihatan seperti hilang punca dan arah .. tidak ada ilmu, pengalaman dan kemampuan mempengaruhi anak-anak muda.

Selagi amalan jelik ini menjadi pegangan, AMK jangan harap rakyat akan turun secara berduyun ke Istana Keadilan Putrajaya pada 28-29 Oktober ini.








Iklan C (ii)





1 comment:

  1. musim hujan.. lebih afdhal solat hajat dan qunut nazilah setiap org.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...