Sunday, 19 October 2014

Gambar Ini Bakal Di Saman Pemimpin DAP


SHAH ALAM - Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan mahkamah terhadap pihak yang menyebarkan gambar intim mirip wajahnya dan calon PRK Telok Intan, Dyana Sofya yang kini menjadi viral dalam media sosial sejak awal pagi ini.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP juga menafikan sekeras-kerasnya sebagai pelaku dalam gambar itu sambil menyifatkannya sebagai fitnah untuk menjatuhkan kariernya sebagai pemimpin Melayu dalam DAP.

"Saya tak nak komen sangat isu bebal macam ini, cuma hendak cakap politik longkang di Malaysia semakin teruk.

"Bukan kali pertama difitnah atau menjadi mangsa, sudah tiada isu lain hendak main," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Sinar Online, hari ini.

Awal pagi tadi, gambar dua mereka menjadi viral apabila ia mula tersebar melalui media sosial WhatsApp dan blog tempatan.

Gambar intim sebanyak sembilan keping itu menunjukkan aksi intim didakwa menyerupai Zairil dan Dyana dalam posisi berpelukan sama ada berpakaian secara formal mahupun tidak formal di beberapa lokasi termasuk kereta dan kawasan umum.

Salah satu blog yang menyebarkan gambar intim itu bagaimanapun mahu dua pemimpin Melayu DAP tersebut tampil menafikan perkara tersebut. ~sinar harian



Iklan C (ii)





1 comment:

  1. Kenapa nak saman? tak de siapa kata tu gambar dia... yang dia perasan lebey tu apa hal?
    Yang ko pun admin. bila melibatkan DAP je kau cop fitnah... apa ko pun segolongan dgn dap ke di Mahsyar?

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...