Wednesday, 1 October 2014

Dr. Azmi Sharom Menang Awal Bicara Akta Hasutan


Mahkamah Sesyen hari ini membenarkan permohonan pensyarah undang-undang Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Azmi Sharom mencabar keperlembagaan Akta Hasutan 1948 ke Mahkamah Tinggi dan menangguhkan kes sehingga ke 7 November.

Hakim Zainol Rashid Hussain bersetuju wujud isu perlembagaan dalam Seksyen 4 Akta Hasutan yang perlu diputuskan Mahkamah Tinggi.

Peguam mewakili Azmi, Gobind Singh Deo, ketika ditemui pemberita di luar mahkamah berkata, ini merupakan kali pertama Mahkamah Tinggi meneliti Akta Hasutan mengikut perlembagaan atas alasan undang-undang itu tidak digubal dalam Parlimen.

"Hakim setuju dengan permohonan kami dan Mahkamah Tinggi akan menentukan sama ada ia mengikut perlembagaan sebelum diputuskan," katanya.

Azmi pada 17 September lalu memfailkan permohonan menyemak semula Seksyen 4(1) Akta Hasutan yang menurutnya tidak mengikut Perlembagaan dan mencabuli Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak kebebasan bersuara.

Gobind mempertikaikan Artikel 10 (2) yang menyatakan hanya Parlimen boleh melaksanakan sekatan ke atas hak mengikut Artikel 10.

Katanya, Ordinan Hasutan digubal pada 1948 sebelum tarikh kemerdekaan dan tidak diluluskan dalam Parlimen.

Pada 2 September, Azmi didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) dan Seksyen 4(1)(c) kerana kenyataannya melalui laporan sebuah portal berita.

Jika didapati bersalah mengikut mana-mana satu pertuduhan, dia boleh dikenakan denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga 3 tahun, atau kedua-duanya sekali. ~malaysian insider





Iklan C (ii)







No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...