Friday, 3 October 2014

Raja Idris, Din Ayam Akan Dipecat Dari Kumpulan Perangsang Selangor Berhad?

raja idris raja kamaruddin

Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali digesa mengkaji semula keupayaan dan rekod prestasi pengurusan Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS) susulan penamatan perkhidmatan 105 pekerja Hotel Quality Shah Alam pada Jun lalu.

Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Abdullah Sani mendakwa pemberhentian beramai-ramai pekerja hotel itu perlu diatasi secara kolektif untuk menambah baik kelemahan pentadbiran kerajaan negeri Selangor yang lalu.

"Kegagalan ini juga mencerminkan bahawa tadbir urus pengerusinya, Raja Idris Raja Kamarudin perlu dikaji berdasarkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) supaya isu ini tidak memudaratkan pentadbiran baharu untuk membuat penambahbaikan GLC di Selangor.

"Memberhentikan pekerja itu mencerminkan kegagalan Raja Idris, pentadbirannya perlu dikaji semula dan dibuat KPI supaya ia berkemampuan mengangkat GLC Selangor ke peringkat yang tinggi," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, hari ini.

Sebelum ini, pengurusan KPS dilaporkan telah menyediakan pampasan berjumlah RM5 juta selain bantuan seperti nasihat temuduga, nasihat mencar pekerjaan, khidmat kaunseling dan penawaran peluang keusahawanan.

Hotel Quality Shah Alam di Seksyen 14 Shah Alam mempunyai 154 bilik termasuk suite selain kemudahan dewan yang boleh menempatkan kira-kira 500 orang dalam satu-satu masa.

Mengulas lanjut, Abdullah menggesa menteri besar itu mengkaji semula kedudukan Raja Idris untuk mengepalai pengurusan KPS yang gagal membela nasib pekerja.

"Saya khuatir jika perkara ini tidak ditangani dengan segera, ia akan memburukkan keadaan kalau pentadbiran sekarang tidak ditambah baik.

"Saya merayu kepada menteri besar supaya melihat KPI latar belakang pengurusan sedia ada termasuk Raja Idris sama ada ia perlu dikaji kedudukan beliau demi mengangkat martabat GLC Selangor," katanya lagi. ~sinar harian

Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS)



Addin:

Jawatan Din Ayam tak nak kaji ke? Lihat SINI.





Iklan C (ii)







No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...