Tuesday, 7 October 2014

Kononnya Nak Jerat PR.. Akhirnya BN Sendiri Yang Terjerat


Kerajaan Selangor menafikan meluluskan penganjuran pesta arak, Octoberfest anjuran syarikat arak Carlsberg semasa pentadbiran menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim sebelum ini.

Exconya Iskandar Abdul Samad (gambar) berkata, perkara berhubung pesta itu tidak pernah dibawa untuk perbincangan dalam mesyuarat exco.

"Terdapat tuduhan Oktoberfest diluluskan ketika pentadbiran TSKI (Khalid) dan empat exco PAS. Ini tidak benar.“Ia tidak pernah di bawa kepada mesyuarat exco," kata anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS itu dalam Facebooknya.

Pesta turut mendapat bantahan pemimpin PAS dan NGO seperti Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir Malaysia (ILHAM) dan anggota Parlimen PAS kawasan Temerloh Nasruddin Hassan.

Pesta Octoberfest bermula sejak abad ke-19 lagi. Peringkat Malaysia, untuk 2014, ia bermula di hotel Subang pada 24 September dan beberapa tempat di Selangor dan Kuala Lumpur.

Sambutan akhir dijadual diadakan di pusat membeli belah One Utama di Petaling Jaya daripada 10 hingga 12 Oktober dan dijangka menarik perhatian 12,000 orang penggemar bir. ~malaysiakini



Iklan C (ii)







1 comment:

  1. Jadi pihak mana yang meluluskan? tolong gali lagi

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...