Thursday, 2 October 2014

Berita Ini Pasti Menyakitkan Hati Anda Semua..


Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek berkata rakyat sepatutnya bersyukur dengan tindakan kerajaan dan bukannya mengadakan bantahan ke atas kenaikan harga bahan api.

Jelasnya, rakyat sepatutnya bersyukur dengan langkah penjimatan seperti usaha membanteras penyeludupan bahan api bersubsidi.


Hasan berkata demikian ketika ditanya sekiranya beliau menjangkakan bantahan ke atas kenaikan 20 sen seliter untuk petrol RON95 dan diesel.

“Itu hak merekalah (untuk buat bantahan), kita di kementerian akan jalankan tugas.

Ops Titik (banteras penyeludupan) yang kita buat ini telah menyelamatkan banyak wang negara. Anda semua patut (ucap) tahniah.

“Budaya kita kita kena ubah balik kepada budaya menghormati pemimpin, menghormati negara dan bersyukur dengan apa kejayaan kita,” katanya.~malaysiakini


Addin:

Tahniah buat pengundi BN, anda buat semua sengsara..




Iklan C (ii)







1 comment:

  1. apa rakyat boleh buat? kami ada kuasa, ikut suka kami nak buat apa!

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...