Monday, 27 October 2014

Bekas Pegawai Tinggi Polis Dedah Tembelang Kerajaan BN?


PETALING JAYA: Bekas pegawai kanan polis, Datuk Mat Zain Ibrahim mendakwa mengikut fakta yang ada, Malaysia kalah kepada Singapura dalam tuntutan Pulau Batu Puteh bukan kerana delegasi mereka lebih bijaksana atau mereka memiliki faktor sejarah yang lebih kukuh.

“Kita telah kehilangan Pulau Batu Puteh, kerana perbuatan khianat dan sabotaj oleh orang-orang dalam delegasi Malaysia, yang telah mengemukakan keterangan palsu di saat-saat akhir,iaitu empat hari sebelum prosiding ICJ bermula,” dakwanya lagi dalam sepucuk surat yang diemailnya kepada Perdana Menteri hari ini.

Beliau menambah keterangan kontroversi ini adalah dalam bentuk sekeping gambar Batu Puteh yang dipalsukan (‘doctored’ photo) untuk menunjukkan kehampiran pulau tersebut kepada tanah besar Johor. Mat Zain berkata keterangan inilah yang dipercayai telah memusnahkan sama sekali, kredibiliti hujah dan keterangan yang cukup bagus dan kukuh ,yang dibentangkan oleh pihak kita, di permulaan prosiding tersebut.

“Perkara yang perlu disiasat sekarang ialah,siapa yang telah memperkenalkan gambar kontroversi tersebut dan siapa yang telah membenarkan gambar dalam keadaan sedemikian dikemukakan dalam prosiding ICJ itu. 

Adakah orang yang terlibat itu adalah Pegawai Negeri Johor atau Persekutuan atau pun kedua-duanya sekali?” soal beliau.Katanya, perkara yang amat penting ialah untuk menyiasat sama ada mana-mana orang, sama ada Pegawai Negeri atau Persekutuan yang terlibat dalam kes Batu Puteh ini,menerima apa- apa faedah atau gratifikasi daripada pihak ketiga, atau mana-mana pihak pun,supaya menyebabkan keterangan kontroversial tersebut digunakan dalam prosiding tersebut, atau untuk sembunyikan apa-apa keterangan mustahak daripada dikemukakan dalam prosiding sama, hingga menyebabkan negara kita terpaksa menyerahkan Batu Puteh kepada Singapura.

Mat Zain berpendapat tindakan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Khaled Nordin menubuhkan satu jawatankuasa di bawah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) untuk mengumpul keterangan baru berkaitan Pulau Batu Puteh bukan sahaja seolah melepaskan batuk di tangga, bahkan ia boleh dianggap sebagai perbuatan memperkecil dan memperlekehkan titah Sultan Johor.

Sultan Ibrahim pada majlis perasmian Pembukaan Penggal Persidangan Kedua DUN Johor Ke-13, telah menitahkan kerajaan Johor supaya menubuhkan pasukan khas untuk merayu keputusan ICJ yang dibuat pada 23 Mei 2008 itu, untuk mendapatkan balik Pulau Batu Puteh daripada Singapura.

“Menteri Besar Johor itu patut lebih bertanggungjawab lagi, kerana beliau sendiri berada dalam Kabinet Persekutuan pada tahun 2007, ketika kes Batu Puteh dibentangkan di-ICJ dan sedar apa yang berlaku dalam prosiding tersebut,” katanya lagi.


Sumber



Iklan C (ii)





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...