Thursday, 2 October 2014

Berita Gempar Dari Kampus UKM


Sebuah program mengenai bahaya Akta Hasutan bertukar menjadi "pengajaran secara langsung" bagi pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) semalam apabila penceramah jemputan, Prof Madya Dr Azmi Sharom "dihalau" pengawal keselamatan UKM.

Azmi, yang didakwa menghasut pada 2 September, dijemput Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) merasmikan gerakan anti-Akta Hasutan di kampus UKM di Bangi, malam tadi.

Profesor Universiti Malaya yang baru-baru ini didakwa di mahkamah atas tuduhan menghasut itu berkata terpaksa melalui beberapa sekatan jalan di dalam kampus bagi menyekat beliau dan media dari menghadiri program tersebut.

"Salah seorang penganjur mengambil saya di pintu masuk, dan memberitahu kami terpaksa masuk berjalan kaki akibat sekatan jalan raya itu," kata Azmi kepada The Malaysian Insider.

"Oleh itu, kami menyelinap ke dalam kampus, dan dihalau keluar oleh pengawal keselamatan apabila sampai ke tempat majlis. Mereka tidak memberikan apa-apa sebab. Mereka hanya berkata pengurusan universiti itu telah 'haramkan' program tersebut.

"Beratus-ratus pelajar telah pun tiba di tempat itu, tetapi pengawal dengan sopan namun tegas memberitahu saya untuk pergi.

"Oleh itu, kami berkumpul di tempat letak kereta di luar kampus, dan saya memberi ucapan selama 20 minit kerana suasana benar-benar panas dan gelap serta tidak selesa di samping masa sudah lewat."

Walaupun begitu, Azmi merasa lucu dengan pengalamannya, sambil menyifatkannya "pengajaran secara langsung" bagi pelajar melihat bagaimana pihak berkuasa menyekat kebebasan bersuara.

"Ia lebih menarik daripada saya bercakap dengan mereka jika program itu berjalan lancar."

Terdahulu, usaha The Malaysian Insider memasuki premis tersebut bagi membuat liputan gagal kerana dikawal ketat pengawal kampus menghalang media.


"Kami mendapat arahan dari Naib Canselor untuk menghalang mana-mana media malam ini daripada memasuki universiti," kata seorang pengawal di pintu masuk universiti kepada The Malaysian Insider.

"Penceramah itu juga sepatutnya tidak masuk, kerana ada kebimbangan dia akan menghasut pelajar dan melakukan hasutan malam ini," katanya, menunjukkan gambar Azmi dalam poster program.

Tulisnan tangan di bahagian atas poster tersebut memberitahu "Media tidak dibenarkan masuk".

Menurut pengawal tersebut, program itu tidak diluluskan universiti, dan berkata GMUKM merupakan "kumpulan pembangkang".

Polis turut kelihatan di kampus ketika kereta bergerak ke premis itu, dan setiap kenderaan diperiksa di beberapa sekatan di sepanjang jalan.

The Malaysian Insider dipaksa keluar di sekatan kedua, selepas seorang pegawai polis mengesahkan bahawa program itu telah dibatalkan.

Ketika dihubungi, ahli GMUKM Jason Ng berkata, permohonan mereka mengadakan program makan malam itu ditolak oleh universiti, tetapi mereka masih mahu teruskan.

"Anda tahu bagaimana rasanya... apabila kita cuba untuk menjemput orang-orang seperti Profesor Azmi, mereka merasakan ia tidak sesuai, mereka tidak akan membenarkannya," katanya.

Bulan lepas, Azmi didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) dan Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan, ekoran komen beliau mengenai krisis menteri besar Selangor seperti dilaporkan sebuah portal berita.

Jika sabit kesalahan, Azmi boleh didenda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya. ~malaysian insider




Iklan C (ii)







No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...