Wednesday, 29 October 2014

Aku Tak Percaya Saiful Bukhari Sanggup Buat Macam Ni..



Dua pelajar remaja dari Unisel mendakwa menerima RM50 setiap seorang supaya memakai baju Justice For Saiful.

Remaja lelaki dan perempuan yang enggan memberikan namanya itu kemudiannya hadir ke kawasan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim di perkarangan Istana Kehakiman.

Baju itu kemudiannya menjadi bahan pijakan penyokong-penyokong Anwar yang hadir menyokong Ketua Umum PKR itu dalam kes liwatnya.

Salah seorang daripada remaja itu berkata, dia datang berjalan kaki ke mahkamah sebelum dipanggil oleh seorang lelaki di dalam bas berhampiran jambatan di Putrajaya.

"Dia panggil kami dan bagi baju suruh pakai dan berkumpul di kawasan penyokong Saiful Bukhari. Dia juga bagi RM50 seorang sebagai upah dan kami ambillah," katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Malangnya baju itu tidak dipakai oleh mereka kerana kedua-dua remaja itu penyokong Anwar dan hadir di kawasan penyokong Ketua Umum PKR itu berkumpul. Mereka sendiri pun memijak baju tersebut sebagai tanda bantahan kepada Saiful yang kes dakwaannya diliwat Anwar dibicarakan.

Penyokong-penyokong Anwar memijak baju gambar Saiful dan sesetengahnya agresif sambil mencerca dan memaki Saiful.

Selepas dipijak-pijak termasuk oleh golongan wanita yang hadir, baju itu kemudian cuba dibakar.

Semasa insiden itu, sebahagian penyokong Anwar Ibrahim menghalang perbuatan sekumpulan lelaki membakar baju tersebut sehingga berlaku pergaduhan.

Bagaimanapun, situasi dapat dikawal dengan campur tangan anggota polis berhampiran dan api dipadamkan pada baju t tersebut.

Persoalannya siapakah yang menyediakan baju T tersebut, adakah benar-benar untuk Saiful atau sengaja dibuat oleh pihak tertentu. 

Tidak mustahil ada agenda tersembunyi di sebalik bayaran RM50 dan tindakan memijak baju T tersebut, malah bukanlah sesuatu yang pelik kalau orang yang membayar upah itulah juga yang menyediakan baju T itu dan kemudian merancang memijaknya.





Iklan C (ii)





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...