Thursday, 9 October 2014

Akhirnya.. Tembelang BR1M Terbarai


Putrajaya membayar lebih RM490 juta kepada 930,000 isi rumah tahun lalu dalam bentuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), kata Institut Rakyat.

Institut yang diasaskan PKR itu membuat dakwaan itu berdasarkan angka yang berbeza diberikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar semalam dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa mengumumkan peruntukan BR1M pada 2012.

"Sebelum ini, kerajaan dengan bangganya mengumumkan BR1M diberi kepada isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan mewakili 5.2 juta atau 80% seluruh isi rumah di Malaysia pada 2012," kata pengarah eksekutifnya Yin Shao Loong dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, Wahid berkata di Parlimen semalam, kira-kira satu pertiga atau 2 juta isi rumah di Malaysia masih memperoleh RM3,000 ke bawah bersamaan 28.7% daripada 7 juta isi rumah.

"Adakah 3.2 juta isi rumah itu tidak lagi memperoleh RM3,000 sebulan? Adakah ini kesan sementara suntikan BR1M atau kesalahan statistik serius kerajaan?

"Persoalan ini penting kerana ia memberikan implikasi serius kepada ketepatan dan akauntabiliti perbelanjaan kerajaan. Ia juga penting terhadap saiz sebenar isi rumah berpendapatan rendah," katanya.

Yin berkata, angka daripada Jabatan Perangkaan 2012 menunjukkan 38.5% isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan dan ke bawah sementara Unit Perancang Ekonomi di bawah Jabatan Perdana Menteri mendedahkan 38.8% isi rumah berpendapatan bawah RM3,000 pada tahun sama.

"Jika statistik dari jabatan itu betul, ia mungkin bermaksud kerajaan terlebih bayar BR1M kepada 930,000 isi rumah pada 2013, iaitu terlebih belanja kira-kira RM490 juta," katanya.

Beliau mempersoalkan sama ada amaun yang dibayar merupakan kesalahan statistik atau cubaan sinis meraih undi menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 pada Mei tahun lalu.

"Kerajaan memotong subsidi dan mengenakan GST bagi meningkatkan pendapatan, tetapi jutaan atau bilion mungkin dibelanjakan secara salah akibat salah perkiraan atau manipulasi statistik.

"Kerajaan dan pejabat Audit Negara mesti bertanggungjawab dalam perkara ini," katanya yang turut menggesa Wahid menjelaskan percanggahan dalam angka yang disebutkan dan 3.2 juta isi rumah yang melepasi tahap gaji RM3,000 sebulan.

Najib memperkenalkan BR1M pada 2012 dengan bayaran RM500 kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 dan ke bawah. Jumlah itu ditingkatkan kepada RM650 pada tahun ini dan dijangka akan dinaikkan lagi tahun depan. ~malaysian insider



Iklan C (ii)







No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...