Tuesday, 14 October 2014

Lagi Berita Panas Tentang Rosmah


Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor tidak menerima peruntukan RM711 juta untuk Program Permata Negara (Permata) yang diumumkan semasa Bajet 2015 seperti didakwa beberapa pihak, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

Ahmad berkata, Permata hanya berkongsi peruntukan berkenaan dengan Kementerian Pendidikan, Tadika Kemas dan Tadika Perpaduan.

"Rosmah tidak dapat sesen pun daripada Permata," kata Ahmad di lobi Parlimen hari ini.

"Dapat RM711 juta itu tidak betul. Ia keseluruhan yang diperolehi pendidikan pra sekolah," katanya dan menambah, Permata hanya berada pada kedudukan keempat daripada keseluruhan penerima belanjawan itu.

"Pecahan itu boleh didapati daripada Kementerian Kewangan," kata ahli Parlimen Pontian itu lagi.

Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini menjadikan Permata sebagai sasaran untuk mengkritik Rosmah dengan mendakwa projek pembangunan kanak-kanak itu merupakan satu pembaziran.

Ahli Parlimen Kapar Manivanan Gowin sebelum ini berkata, Permata hanya dilihat menjadi "orang tengah" mengagihkan peruntukan kerajaan.

Beliau juga turut mencadangkan, Permata yang dinaungi Rosmah itu juga seharusnya dipindahkan daripada Jabatan Perdana Menteri ke Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pada 2013, Permata menerima peruntukan sejumlah RM150 juta, yang mana daripada jumlah itu RM77 juta diserahkan kepada Kemas bagi menaiktaraf 313 tadika di seluruh negara.

Manakala, RM16 juta pula digunakan untuk Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu dan RM9 juta disalurkan kepada kerajaan Sabah dan Sarawak bagi program Permata dan RM20 juta lagi dipulangkan kembali kepada kerajaan.

Permata ditubuhkan bagi menjadi institusi terulung dalam mempelopori keperluan pelajar pintar dan berbakat dalam bentuk generasi bitara bangsa yang dapat menyumbang kepada kesejahteraan sejagat. ~malaysian insider



Iklan C (ii)





1 comment:

  1. kalau kerajaan Najib ingin dilihat telus tidak memanjai bininya dengan ratusan juta duit rakyat maka akaun PERMATA mesti diaudit dan bentangkan kepada rakyat (perkara yang sama mengenai akaun PETRONAS). DENGAN CARA PERBELANJAAN ROSMAH SESIAPA SAJA AKAN MENGANGGAP ROSMAH TELAH MENGGUNAKAN DUIT RAKYAT UNTUK BERMEWAH2 DISAAT ADA ANAK KELAPARAN AKIBAT KELEMAHAN NAJIB YANG GAGAL MEMBENDUNG HARGA BARANGAN.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...