Sunday, 5 October 2014

ADUN Pelabuhan Kelang Kekal Milik Khalid Ibrahim.. Ikuti Penjelasan Ini


KUALA LUMPUR: Dakwaan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mahu mengosongkan kerusi Dun Pelabuhan Klang adalah tidak benar.

Selangor Kini melaporkan pegawai khas kepada Adun Pelabuhan Klang, Faekah Husin berkata majikannya tidak pernah menyatakan hasrat meletak jawatan.

“Tan Sri tidak pernah menyatakan hasrat letak jawatan,” katanya menerusi sistem pesanan khidmat ringkas (SMS) kepada Selangor Kini.

Speaker Dun Negeri Selangor (DNS), Hannah Yeoh juga menafikan menerima notis peletakan jawatan itu.

“Saya tidak dengar apa-apa pun, saya juga tidak terima apa-apa notis,” katanya.Reaksi itu sebagai respons kepada spekulasi mantan Menteri Besar Selangor itu mahu melepaskan jawatan sebagai Adun Pelabuhan Klang dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak. ~harakahdaily




Iklan C (ii)







No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...