Saturday, 20 September 2014

Wajib Tonton!! Antara Ucapan Terbaik Di Muktamar

yuhaizad abdullah

Perwakilan Melaka Yuhaizad Abdullah berkata aspirasi rakyat yang mahukan PAS bersama Pakatan Rakyat sebagai satu-satunya cara untuk keluar daripada "belenggu" Umno dan BN. 

"PAS meninggalkan Pakatan Rakyat bermaksud meninggal hasrat dan aspirasi rakyat kepada PAS For All menjadi PAS for PAS, Rahmat Untuk Semua akan menjadi Rahmat untuk PAS.

"Tajuk tema muktamar kita 'Terus Beristiqamah, kita boleh teruskan, tetapi lebih malang, jika rakyat terus dibelenggu oleh Umno dan BN," katanya. 

Beliau juga menegur kumpulan ulama dalam PAS dengan melabel ahli PAS dengan label antaranya seperti 'munafik haraki', pengkhianat, akidah tidak sahih, liberal, parasit'. 

"Mereka yang menyokong Pakatan Rakyat, jangan mudah dituduh sebagai pengkhianat. Mereka yang berjongkang-jongkit di rumah Umno harus ditegur. Kerana setiap ahli kita ada nilai. 

"Ulama juga jangan muda menghalau ahli keluar daripada PAS. Janganlah mereka yang berpegang kepada keputusan jawatankuasa PAS, itu dipandang serong dan dipersalahkan. 

"Mempertahankan keputusan jawatankuasa PAS, bererti mempertahankan presiden, timbalan presiden, naib presiden dan seluruh AJK PAS pusat," katanya. ~mk



Addin:

Addin setuju dengan ucapan dari Sdr. Yuhaizad yang mewakili Melaka. Isu label melabel terlalu parah dalam PAS. Moga selepas muktamar semua golongan didalam PAS dapat merapatkan saf.








Iklan C (ii)







No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...