Saturday, 6 September 2014

Ucapan Tuan Guru Haji Hadi Ini Amat Memedihkan..


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mencabar golongan yang berselisih pendapat dalam PAS agar keluar parti untuk menubuhkan gerakan sendiri.Dengan nada berseloroh, beliau mengumpamakan golongan tersebut sebagai pengacau seperti nyamuk yang mengganggu tidur.

"Jadi mereka yang berlainan pendapat dalam PAS ni, dia nak tubuh parti sila, baik dia keluar dia tubuh parti sendiri, senang tak payah duduk dalam," ujarnya disambut dengan laungan takbir.

"Kalau duduk dalam, kalau ada nyamuk seekor tak jenera (lena) tidur kita pun, itu dia, senang nak tubuh parti, sila,” katanya seperti dipetik dalam laporan lidah parti itu, Harakahdaily hari ini.

Beliau dilaporkan berkata demikian ketia dalam satu program dialog di Rusila, Terengganu semalam.Menurut laporan Harakahdaily semalam, Hadi turut ditanya mengenai ura-ura penubuhan parti baru dengan nama Parti Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma).

Hadi bagaimanapun berkata beliau tidak tahu menahu mengenai perkara itu.  ~mk





Iklan C (ii)





2 comments:

  1. Apa sedihkan. PasMa kan ada. Nak keluar apa lagi..memang terkeluar.

    ReplyDelete
  2. setuju, siapa yg rasa mrk lebih bijak dan pandai berpolitik sila jadi ahli PasMa. kalau turunkan tghh bermakna perang besar dlm pas.penyokong beliau ramai di semua peringkat hingga ke akar umbi.utk keamanan NEGARA tlglah keluar dr pas dan bergerak dlm Pasma.ini rayuan ikhlas krn mnyedari realiti dlm pas.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...