Wednesday, 10 September 2014

Tulisan Terakhir Ustaz Wan Ji Sebelum Beliau Ditahan Dibawah Akta Hasutan


Sepertimana yang semua maklum, Ustaz Wan Ji telah ditahan polis pada awal pagi tadi. Alasan penahanan tersebut di bawah Akta Hasutan 1948 awal pagi tadi kerana didakwa menghina sultan.

Menurut sumber, beliau ditahan di Bandar Baru Sungai Buloh dan akan dibawa ke Mahkamah Shah Alam untuk didakwa.

Beliau dijangka dituduh di mahkamah hari ini. Berikut adalah tulisan terakhir beliau sebelum beliau ditahan..


FIQH TAWAQQU' : SEMINAR FIQH MALAYSIA FIQH TAWAQQU[1]

Oleh :
Wan Ji bin Wan Hussin


1. SEBAB - AKIBAT

Sesuatu yang dibakar, kesannya adalah hangus. Tanpa hangus, sudah pasti tidak ada sifat membakar. Perkara ini diterima semua manusia. Penerimaan ini kerana, sejak manusia dilahirkan, apabila lihat hangus, dalam pemikiran manusia tidak boleh lepas dari mengatakan ia berpunca dari api yang membakar.

Namun, apabila diperhatikan pada al-Quran, dipamerkan kisah Nabi Ibrahim dibakar oleh namrud. Usaha namrud itu hampa, iaitu apabila Allah swt telah memberikan satu firmanNya kepada api agar menjadi sejuk dan selamat kepada Nabi Ibrahim[2]. 

Perbahasan di kalangan mutakallimin, dipamerkan satu perbincangan yang dikenali sebagai "khawariq al-Adat" yang memberi maksud menyalahi kebiasaan. Kebiasaan bagi api, kesannya adalah menghangus, sedangkan dalam kes Nabi Ibrahim ia adalah satu yang tidak berpihak kepada kebiasaan bagi sifat api.

Kalangan ahli Falsafah pula, kes sebegini dilihat dari tajuk yang dikenali sebagai sababiyyah (sebab - akibat). Al-Imam al-Ghazali akui berlaku sebab - akibat, tetapi ia bukan sesuatu yang ilzam dan kenescayaan atau kemestian. Dengan maksud yang lain,  al-Ghazali menganggap segala perkara yang berlaku ini tertakluk kepada kehendak dan perbuatan Allah swt. Namun, berlakunya sebab - akibat itu berfaktorkan kepada al-Adat[3].

Alasan penolakan sebab - akibat sebagai sesuatu yang ilzam oleh al-Ghazali adalah kerana sikap al-Ghazali yang agak skeptis terhadap perkara mahsusat (inderawi). Beliau pernah menulis;

"Lihatlah bintang-bintang (kawakib) yang kita lihat sama besarnya dengan logam wang dinar. Namun, ternyata ia lebih besar daripada bumi[4]"

Dalam ungkapan yang lain, beliau menyatakan;

"Apa yang kita yakini benar tanpa ragu-ragu atas berbagai perkara mimpi, namun setelah terbangun dari tidur, kita baru menyedari bahawa semua itu hanyalah khayalan abkstrak[5]"

Pendapat al-Ghazali ini ditolak oleh Ibn Rushd menerusi tahafut al-Tahafut. Pada Ibn RushdRushd, penolakan terhadap prinsip sebab - akibat hanyalah permainan kaum sofistaiyyah[6].[7]


Baca selanjutnya di sini.




Iklan C (ii)





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...