Thursday, 11 September 2014

Tujuan Sebenar PasMa Ditubuhkan Terbongkar..


KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS), Mohammad Razin Abdullah mengesahkan bahawa Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) disahkan hanya didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Pihak kami tidak menerima sebarang permohonan supaya PasMa didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan politik yang sah selaras Akta Pertubuhan 1966,” kata beliau.

Terdahulu, PasMa disebut-sebut akan menjadi sebuah parti politik baharu yang bakal menggantikan peranan PAS dalam Pakatan Rakyat.

PasMa diketuai oleh Mohamad Faiz Mohd Taib dan timbalannya, Muhamad Hisomudin Bakar.

Selain itu jawatankuasa PasMa turut dianggotai Mohd Taib Ahmad (setiausaha), Mohd Iqbal Mohd Shariff (penolong setiausaha) dan Mohd Rosli Abu Bakar sebagai bendahari.

Akan tetapi, Isnin lalu, PasMa tampil buat pertama kali secara terbuka dan memperkenalkan barisan kepimpinannya yang diketuai Presidennya, Datuk Phahrolrazi Zawawi.

Bagaimanapun, menerusi kenyataan media ROS, nama Phahrolrazi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS di Pangkalan Kundor tiada dalam senarai pendaftaran.

Persoalannya sekarang apakah tujuan penubuhan PasMa dan kenapa Phahrolrazi mengakui beliau adalah Presiden PasMa. ~fmt





Iklan C (ii)





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...