Monday, 15 September 2014

Tuan Guru Nik Aziz Bagi Sound BN..


Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kerajaan persekutuan Barisan Nasional (BN) yang tidak memberikan royalti minyak kepada Kelantan.

Bekas menteri besar Kelantan itu berkata, tindakan kerajaan persekutuan itu jelas satu perbuatan khianat, jahat dan merupakan dosa kepada rakyat di negeri itu.

"Kenapa tak beri (wang royalti)? (Ini perbuatan) khianat. Jahat. Tak selamat. Berdosa dunia akhirat. Saya tak izin satu sen pun. Saya tak izin sebagai ketua kerajaan. Saya tak izin.

"Fikirlah. Kita manusia ini ada otak. Lembu tak ada otak. Yang ada otak ini manusia. Manusia bertanggungjawab dunia dan akhirat," katanya ketika ditemui pemberita selepas berucap di Surau Lama Kampung Geting, Pengakalan Kubor, Kelantan.

Muhyiddin semalam mencabar kepimpinan PAS agar menubuhkan satu jawatankuasa bagi menyiasat kewajaran royalti minyak diberikan kepada Kelantan.

Katanya, jawatankuasa itu boleh menyiasat daripada aspek perundangan atau akaun Petronas sendiri sama ada syarikat petroleum negara itu memiliki RM12 bilion peruntukan kepada Kelantan.

Nik Aziz berkata, kerajaan persekutuan menunjukkan sikap tidak adil apabila Sabah dan Sarawak diberikan royalti minyak tetapi tidak kepada Kelantan.

Katanya, wang ihsan bukanlah royalti kerana tidak diberikan terus kepada kerajaan negeri.

"Royalti hak Kelantan. Negeri lain boleh, Sarawak boleh royalti, Sabah boleh royalti, Terengganu boleh royalti. Kenapa Kelantan tak boleh?

"Mereka kata, mereka tak tipu. Kata dah beri wang ihsan pada Kelantan. Beri pada siapa? Beri pada orang lain," katanya.

Mursyidul Am PAS itu turut mempersoalkan tindakan kerajaan persekutuan yang menyalurkan wang ihsan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).

Katanya, wang tersebut bukanlah diberikan kepada menteri besar sebaliknya kepada setiausaha kerajaan negeri.

"Kelantan ni ada JPP. Terengganu, Sarawak tak ada JPP. Dia beri terus. Ini jahat Umno. Dia fikir dia ada harta dia selamat dunia akhirat. Mengarut ni.

"Kenapa Kelantan ada JPP? Dia tak percaya dengan pegawai kerajaan ke? Duit bukan beri pada saya. Beri pada setiausaha kerajaan, pegawai kewangan kerajaan. Mereka ini semua duduk di universiti. Diiktiraf oleh semua," katanya. ~tmi




Iklan C (ii)





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...