Wednesday, 17 September 2014

Tan Sri Muhammad Muhd Taib Beri Amaran Kepada PAS


Tan Sri Muhammad Muhd Taib mengingatkan PAS supaya jangan korbankan sokongan bukan Melayu dan terlalu bergantung kepada sokongan kaum Melayu beragama Islam.

Bekas menteri besar Selangor itu berkata, parti Islam itu sudah mendapat kepercayaan bukan Melayu, khususnya Cina dan India tetapi tidak boleh mengambil ringan terhadap sokongan yang diberi kepada mereka.

"Kita dalam pilihan raya, Cina yang pakai skirt pendek pun mengibarkan bendera PAS. Tahap sudah capai macam itu.

"Kepercayaan mereka kepada PAS dan Pakatan Rakyat (PR), mereka menghormati Nik Aziz kerana seorang yang baik dan imej Islam yang adil," kata Muhammad semasa wacana Sinar Harian di Shah Alam hari ini merujuk kepada Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Muhammad berkata, penting bagi PAS menjaga sokongan bukan Melayu serta membayangkan parti Islam itu akan tewas dalam pilihan raya umum nanti.

"Kalau hilang sokongan mereka, PAS akan kalah kerana undi datang daripada Cina dan India," kata beliau yang juga ahli PAS.

Menurutnya, PAS perlu menjadi praktikal kerana kejayaan mereka dalam dua pilihan raya umum lepas bukan semata-mata kerana pengundi Melayu-Islam.

"Kita kena jadi praktikal, kalau sekali bukan Melayu buat keputusan lain, habis nanti," katanya.‎

Malah Muhammad juga berkata, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pun pernah tewas kerana hilang sokongan pengundi bukan Melayu.

"Dr Mahathir pun pernah tewas pada tahun 1969 semasa bertanding di Kota Setar," kata Muhammad yang baru menyertai PAS sebelum Pilihan rRya Umum ke-13 (PRU13) lalu. ~tmi





Iklan C (ii)





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...