Friday, 26 September 2014

Senarai Rasmi Exco Selangor Diumumkan, Kuota PAS Dikurangkan


Kuota empat kerusi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang diperuntukkan kepada PAS sebelum ini dikurangkan menjadi tiga.  Dua exco senior PAS, Sallehen Mukhyi dan Dr Halimah Ali tidak dilantik semula dalam barisan baru kepimpinan Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali. 

Mereka digantikan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taman Templer Mohd Zaidy Abdul Talib.

Kini exco PAS hanya Iskandar Samad, Dr Ahmad Yunus ‎Hairi dan Mohd Zaidy. 

Semalam, Azmin telah menafikan bahawa komposisi exco negeri kekal dengan empat exco PAS dan masing-masing tiga dari PKR dan DAP. 

“Laporan media mengenai pengagihan kuota ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri adalah tidak tepat kerana proses rundingan masih berjalan,” katanya di Twitter. 

Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sudah memperkenan senarai nama ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) baharu. 

Timbalan presiden PAS, Muhamad Sabu semalam Mohamad yang ditemui selepas kunjungan hormatnya ke pejabat MB Selangor itu berkata, 

"Tidak ada perbincangan mengenai senarai Exco. Itu terserah pada menteri besar," katanya ketika ditemui di Lobi Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), di sini, hari ini. 

Semalam, Pas Selangor bertegas mahu mempertahankan komposisi empat orang Exconya dalam pentadbiran Selangor. 

Berikut senarai exco baru itu. 

1. Elizabeth Wong - PKR 
2. Daroyah Alwi - PKR 
4. Amiruddin Shari - PKR 
5. Teng Cang Khim - DAP 
6. Ean Yong Hian Wah - DAP 
7. V Ganabatirau - DAP 
8. Iskandar Samad - PAS 
9. Ahmad Yunus Hairi - PAS 




Addin:

Menang boo.. jawatan tergadai.. sama-samalah muhasabah.



Iklan C (ii)





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...