Thursday, 25 September 2014

Senarai Exco Baru Selangor Dari PAS Adalah..


PAS sudah menyerahkan nama Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) mereka kepada Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali malam tadi, kata Datuk Mustafa Ali.

Setiausaha agung PAS itu berkata, pemilihan exco dilakukan sendiri Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menghantar nama secara terus kepada Azmin.

"Pihak presiden PAS sudah serahkan nama-nama tersebut kepada menteri besar malam tadi," kata Mustafa seperti dilaporkan Harakahdaily.

Menurut portal milik PAS itu, Mustafa enggan mendedahkan jumlah dan nama calon-calon terbabit.
Mustafa bagaimanapun memberitahu Harakahdaily beliau yakin tiada perubahan besar berlaku.

"Saya tiada masalah jika keempat-empat exco kita sebelum ini dikekalkan,” katanya  menguatkan lagi spekulasi PAS akan mengekalkan keempat-empat exco mereka yang dianggap pengkhianat kepada Pakatan Rakyat (PR) oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.


Menurut Harakahdaily, Mustafa menyifatkan pihak yang mendesak agar keempat-empat exco PAS tidak dilantik Azmin sebagai "tidak faham Pakatan".

"Dia tak faham. Tidak mengapalah. Kita sudah serah kepada menteri besar," katanya kepada portal itu.

Harakahdaily turut melaporkan Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar tetap bertegas partinya berhak mendapat empat kerusi exco dalam pentadbiran Azmin.

Iskandar berkata, ini kerana PAS mempunyai 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), sama seperti DAP dan lebih satu kerusi daripada PKR.

"Kita pertahan (empat orang exco). Itu jelas," katanya.

Azmin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa akan mengadap Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk menyenaraikan senarai 10 exco baharu untuk bersama dalam pentadbirannya. ~malaysian insider




Iklan C (ii)





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...